Subuh
5:40
Syuruk
7:04
Zuhur
1:11
Asar
4:35
Maghrib
7:15
Isyak
8:30

Saudi tambah tempat bagi jemaah haji SG: Muis

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Saudi tambah tempat bagi jemaah haji SG: Muis

Jun 21, 2022 | 05:30 AM

LEBIH banyak tempat telah diperuntukkan bagi jemaah Singapura untuk menunaikan ibadah haji tahun ini, kata Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dalam satu kenyataannya semalam.

Ini menambah kepada sejumlah 407 tempat yang telah diperuntukkan sebelum ini.

Kenyataan Muis menambah, tempat tambahan itu akan diberikan kepada jemaah yang sudah berdaftar untuk menunaikan ibadah haji di bawah Sistem Pendaftaran Haji.

Kesemua jemaah yang layak akan dihubungi Muis bagi tawaran tersebut dalam masa terdekat supaya dapat mengambil langkah sewajarnya memandangkan kesemua tempat kosong perlu disahkan dalam tempoh beberapa hari akan datang.

Muis juga bekerjasama dengan pihak berkuasa Arab Saudi dan Ejen Penjualan (GSA) layak untuk membuat aturan yang diperlukan bagi persediaan jumlah delegasi yang bertambah.

Jumlah 407 tempat yang diperuntuk sebelum ini membentuk sekitar 45 peratus daripada kuota rasmi negara sebanyak 900 jemaah sebelum pandemik.

Menyampaikan penghargaannya kepada Kementerian Haji dan Umrah Kerajaan Arab Saudi atas berita tersebut melalui satu kiriman di Facebook, Menteri Bertanggungjawab Bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata:

"Saya gembira kerana lebih ramai jemaah Singapura akan berpeluang melaksanakan rukun Islam yang kelima ini.

"Memandangkan waktu yang sangat singkat, saya harap mereka yang terpilih akan segera memberitahu Muis keputusan anda kerana Muis perlu waktu secukupnya untuk semua urusan termasuk memproses visa," katanya.

Kuota haji bagi jemaah Singapura, yang ditetapkan oleh Kementerian Haji dan Umrah Saudi, dinaikkan daripada 800 tempat pada 2017 kepada 900 tempat pada 2018.

Menyusuli penangguhan Haji 2020 dan 2021 bagi jemaah Singapura, kuota haji yang terhad itu diperuntukkan kepada jemaah yang sepatutnya menunaikan ibadah haji pada tahun 2020 dan kini memenuhi syarat dan peraturan bagi Haji 2022.

Kerajaan Arab Saudi bulan lalu mengumumkan bahawa sejuta jemaah haji dari dalam dan luar negara dibenarkan melakukan ibadah itu tahun ini.

Bagaimanapun, mereka menetapkan syarat bahawa ia hanya bagi mereka yang berusia bawah 65 tahun dan sudah melengkapkan vaksinasi Covid-19 sepenuhnya.

Tahun ini, jemaah Singapura boleh memilih antara 10 pakej haji yang ditawarkan dua Ejen Penjualan Individu (IGSA) dan dua GSA Konsortium (CGSA) yang dilantik Muis untuk mengendalikan ibadah haji 2022.

IGSA yang dilantik ialah syarikat Halijah Travels dan Shahidah Travel & Tours, manakala CGSA pula syarikat Jalaluddin Travel & Services dan TM Fouzy Travel & Tours selaku ejen utama.

LAPORAN SELANJUTNYA: GSA usaha tampung tambahan jemaah haji


KONGSI GEMBIRA LEBIH RAMAI JEMAAH DAPAT LAKSANAKAN HAJI

"Saya gembira kerana lebih ramai jemaah Singapura akan berpeluang melaksanakan rukun Islam yang kelima ini. Memandangkan waktu yang sangat singkat, saya harap mereka yang terpilih akan segera memberitahu Muis keputusan anda kerana Muis perlu waktu secukupnya untuk semua urusan termasuk memproses visa."
- Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, Menteri Bertanggungjawab Bagi Ehwal Masyarakat Islam.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3