Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

‘Saya sepatutnya layak’: George Goh

Aug 18, 2023 | 11:21 PM



Usahawan, Encik George Goh, yang mendapat tahu pada Jumaat beliau tidak dianggap layak bertanding dalam Pilihan Raya Presiden, berkata ia adalah hari yang sedih bagi rakyat Singapura kerana kehilangan bakal calon yang bebas dan tiada kaitan dengan pemerintah.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada hari yang sama, Encik Goh berkata Jawatankuasa Pilihan Raya Presiden (PEC) telah menolak usulannya supaya pengalamannya menguruskan lima syarikat kendaliannya disifatkan setanding dengan pengalaman menjadi Ketua Pegawai Ekesekutif (CEO) bagi satu syarikat.

Beliau berkata pasukannya, yang dibentuk pakar undang-undang dan kewangan telah menampilkan kes teguh yang membuktikan pengalaman dan prestasi beliau menguruskan lima syarikat tersebut memenuhi kriteria ekuiti pemegang saham dan keuntungan.

Menambah, beliau berkata beliau adalah eksekutif paling kanan dalam setiap syarikat yang dipimpinnya.

“(Jawatankuasa itu) membuat interpretasi syarat (kelayakan) tersebut tanpa memberi penjelasan di sebalik keputusan itu,” katanya.

Terdahulu pada Jumaat, tiga bakal calon telah diumumkan menerima Sijil Kelayakan dan layak bertanding dalam Pilihan Raya Presiden pada September ini.

Mereka adalah mantan ketua pegawai pelaburan GIC, Encik Ng Kok Song, 75 tahun; mantan Menteri Kanan, Encik Tharman Shanmugaratnam, 66 tahun; dan mantan ketua eksekutif NTUC Income, Encik Tan Kin Lian.

Encik Goh, 63 tahun, yang merupakan pengasas bersama Harvey Norman Ossia, tidak berjaya mendapatkan Sijil Kelayakan.

Sijil itu mengisytiharkan calon dipilih mempunyai ketelusan, berwatak, mempunyai reputasi baik dan memenuhi keperluan perkhidmatan sektor awam atau privet.

Encik Goh, ketika ditemui media di rumahnya di Holland Park, menyifatkan keputusan PEC tidak memberikannya Sijil Kelayakan sebagai ‘bukan keputusan adil’.

Menurut beliau, pasukan penasihatnya merangkumi “individu berjawatan tinggi di Singapura” dan mereka memberinya keyakinan beliau layak bertanding.

“Adakah anda maksudkan mereka semua salah? Sudah tentunya bukan. Mereka semua datang daripada sistem,” katanya.

Sejak mengumumkan niatnya untuk bertanding Jun lalu, Encik Goh berkata beliau yakin layak bertanding kerana memenuhi laluan pertimbangan sektor swasta.

Dalam satu sidang pada 4 Ogos, Encik Goh berkata beliau mempunyai kumpulan lima syarikat yang telah memperoleh ekuiti pemegang saham secara keseluruhan sebanyak $1.521 bilion sepanjang tempoh tiga tahun, dan nilai itu setaraf purata ekuiti pemegang saham $507 juta setiap tahun bagi kumpulan itu secara keseluruhan.

Antara kriteria bagi individu daripada sektor swasta yang ingin bertanding ialah pernah mengendalikan syarikat dengan ekuiti pemegang saham berjumlah sekurang-kurangnya $500 juta semasa tiga tahun terakhir sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO).

Bagaimanapun Encik Goh berkata kegagalannya tidak bermakna usahawan dari sektor swasta tidak akan tampil untuk bertanding dan akan menggalak lebih ramai berbuat demikian pada pilihan raya seterusnya.


Beliau juga mempertahankan bahawa beliau merupakan petanding yang “benar-benar bebas” berbanding calon lain kerana mereka mempunyai latar belakang yang ada kaitan dengan pemerintah.


“Mereka telah lihat apa yang George telah lakukan dan... mereka akan percaya ia boleh jadi kenyataan,” katanya.


“Jika kami tidak tampil ke hadapan, kami harus fikirkan tentang anak-anak kita... Sebagai seorang calon bebas, harap tampil ke hadapan dengan lebih teguh, dan jangan tunjuk kelemahan. Jika kami tunjuk kami lemah, ia bermakna demokrasi kita telah gagal.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >