Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

“Saya tidak dambakan jawatan, kedudukan atau kuasa”: Lawrence Wong

Apr 16, 2022 | 04:17 PM



MENTERI Kewangan, Encik Lawrence Wong, yang telah dipilih menjadi ketua pasukan generasi keempat (4G) Parti Tindakan Rakyat (PAP), berkata beliau tidak pernah mendambakan jawatan, kedudukan atau kuasa.



Sebaliknya, beliau berhasrat untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua tugas yang diberikan kepadanya.



"Saya akan memberikan yang terbaik dan jika yang terbaik itu tidak mencukupi, yang pasti akan berlaku dari semasa ke semasa, saya cuba belajar dan saya berusaha untuk belajar dan melakukan yang lebih baik," kata Encik Wong.



Beliau akan menjadi pengganti Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, jika PAP memenangi pilihan raya umum akan datang.



Dalam satu sidang media di Istana hari ini (16 April), Encik Wong berikrar beliau akan terus berpandukan prinsip tersebut dalam peranan yang beliau disifatkan sebagai "kemungkinan tanggungjawab terbesar" dalam hidupnya.



"Sepanjang hidup saya, saya tidak pernah mendambakan jawatan, kedudukan, atau kuasa. Saya sentiasa realistik tentang kebolehan dan kekuatan saya sendiri.



“Falsafah hidup saya, yang ditanam oleh ibu bapa sejak kecil, apa sahaja tugasan yang diberikan, saya akan berikan yang terbaik,” katanya.



Encik Wong berjanji untuk melibatkan dan mendengar rakyat Singapura sedang pemerintah menghadapi cabaran dunia yang tidak menentu.



Beliau juga menegaskan bahawa kepimpinan politik bukan mengenai seorang anggota sahaja. Malah, tokoh hebat seperti Encik Lee Kuan Yew juga mempunyai pasukan, kata Encik Wong.



"Begitu juga dengan Encik Goh Chok Tong dan kini PM Lee yang mempunyai SM (Menteri Kanan) Teo, SM Tharman dan ramai lagi."



Encik Wong berkata: "Saya memerlukan setiap seorang daripada pasukan 4G."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >