Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sayap Wanita PAP seru sokongan kukuh bagi wanita, kongsi tanggungjawab jaga keluarga

Jul 29, 2023 | 07:06 PM



Sayap Wanita Parti Tindakan Rakyat (PAP) telah menyeru agar sokongan lebih kukuh diberikan kepada keluarga di Singapura, terutamanya untuk wanita di tempat kerja mahupun dalam masyarakat.

Sebagai sebahagian usahanya yang berterusan, sayap itu telah mengadakan persidangan pada Sabtu bertemakan sokongan buat keluarga di Singapura, sedang negara berdepan dengan kadar kelahiran yang merosot, penduduk menua dan tanggungjawab penjagaan yang semakin berat.

Pengerusi Sayap Wanita PAP, Cik Sim Ann berkata keluarga yang kukuh membentuk asas masyarakat, dan usaha menyokong keluarga bukan sesuatu yang patut dilakukan wanita sahaja.

Dalam ucapannya, beliau berkata:

“Hakikatnya, ia memerlukan usaha seluruh masyarakat. Pemerintah perlu terus meletakkan ini di kedudukan tinggi dalam agenda; majikan dan pemimpin industri perlu memudahkannya; wanita dan lelaki perlu mengubah pemikiran tentang peranan jantina dan bagaimana penjagaan dan tanggungjawab di rumah patut dikongsi.”

Huraian itu perlu menyokong wanita sedang mereka mengimbangi kerjaya serta peranan sebagai isteri dan ibu, menjaga ibu bapa atau cucu sementara menceburi minat sendiri, antara lain.

Untuk menangani cabaran jangka panjang bagi kadar kesuburan keseluruhan yang rendah, wanita perlu turut serta sepenuhnya dan menyuarakan pendapat, tekannya.

Pengerusi penganjur Persidangan Sayap Wanita 2023 dan Anggota Parlimen SMC Marymount, Cik Gan Siow Huang berkata:

“Ia akan memerlukan usaha bersepadu masyarakat untuk mengubah hangkaan dan stereotaip jantina. Tidak kira di rumah, tempat kerja atau masyarakat, apabila wanita dan lelaki bekerjasama dengan satu sama lain secara saksama, ia bukan hanya membantu meringankan beban satu sama lain tetapi juga membolehkan pertumbuhan.”

Pada Sabtu, satu perbincangan panel yang menyentuh tentang cabaran yang dihadapi keluarga di Singapura dan bagaimana untuk menyokong keluarga dengan lebih baik diadakan.

Isu-isu ini termasuk bagaimana masyarakat boleh turut terlibat untuk menyokong penjaga, membolehkan lebih perkongsian bagi tanggungjawab penjagaan dalam kalangan ahli keluarga serta meningkatkan kewujudan aturan kerja fleksibel.

Panel itu terdiri daripada Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Cik Indranee Rajah, usahawan dan ibu dua anak, Cik Chua Wei-Shan, Ketua Penglibatan dan Jangkauan, Pusat Kebapaan (CFF), Encik Eruandee Prayitna, dan Ketua Pegawai Eksekutif Montfort Care, Encik Samuel Ng (BBM), dengan pengasas bersama The Idea Co, Cik Vivian Lim selaku moderator.

Encik Eruandee berkata sikap prihatin terhadap golongan lebih lemah dalam masyarakat seperti warga emas dan golongan kurang upaya, perlu ditanamkan dalam minda masyarakat supaya amalan saling menjaga dapat dilihat sebagai satu norma.

Ini perlu diterapkan dari usia awal lagi, kata Encik Eruandee.

“Sebagai ibu bapa, kita boleh menetapkan contoh yang baik kepada anak-anak kita dengan menunjukkan kasih sayang dan sikap ambil berat sedang kita menjalankan tanggungjawab kita untuk menjaga...dengan cara ini, anak-anak membesar dengan mempelajari tentang kepentingan penjagaan dan satu hari mengamalkannya sendiri,” jelasnya. – NUR HUMAIRA SAJAT




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >