Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SCDF cuba letak, selenggara alat pemadam api di lobi lif HDB

Sep 13, 2022 | 05:30 AM



PASUKAN Pertahanan Awam Singapura (SCDF) sedang melakukan percubaan untuk meletakkan dan menyelenggara satu alat pemadam api di lobi lif setiap dua blok Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) untuk digunakan penduduk semasa kebakaran.



Inisiatif itu dirintis dengan kerjasama HDB, Majlis Bandaran dan Yayasan Temasek.



Demikian diumumkan Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, di Parlimen semalam ketika menjawab soalan Cik Rachel Ong (GRC West Coast) yang bertanya sama ada Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) akan mempertimbangkan untuk meletakkan alat pemadam api di koridor umum di aras tertentu bagi setiap blok HDB.



Beliau juga bertanya sama ada program pendidikan akan diperkenalkan untuk memberitahu penduduk tentang lokasi dan penggunaan alat itu.



"SCDF telah mendidik penduduk tentang penggunaan alat pemadam api melalui program pendampingan awam seperti Program Persediaan Kecemasan Masyarakat dan Hari Ketahanan Masyarakat," kata Dr Faishal.



"Melalui wadah ini, SCDF menggalak penduduk memasang alat pemadam api di premis mereka secara sukarela dan juga berkongsi maklumat mengenai lokasi gelendong hos di kawasan umum," tambahnya.



Menjawab soalan tentang skim bantuan Alat Isyarat Kebakaran Rumah (HFAD) yang ditanya oleh Cik Ong dan Encik Zhulkarnain Abdul Rahim (GRC Chua Chu Kang), Dr Faishal berkata skim yang menawarkan pemasangan HFAD secara percuma di semua flat sewa awam HDB secara tidak wajib itu diselesaikan Jun tahun lalu.



Kadar pengambilannya ialah 75 peratus.



HDB akan secara berperingkat memasang HFAD di baki 25 peratus flat sewa awam apabila pajakan penyewa tersebut berakhir.



"Bilangan kebakaran di estet HDB terus berkurangan setiap tahun, dan kadar kematian akibat kebakaran kekal rendah. MHA buat masa ini tidak berhasrat untuk mengembangkan Skim Bantuan HFAD," kata Dr Faishal.



Menjawab soalan Cik Foo Mee Har (GRC West Coast) tentang sama ada pemerintah akan menyemak piawaian keselamatan kebakaran blok dan flat HDB untuk mengurangkan penyebaran dengan lebih baik ketika berlaku kebakaran, Dr Faishal berkata SCDF selalu menyemak Kod Kebakaran bersama pihak berkepentingan daripada industri, akademia dan agensi pemerintah lain.



Menjawab soalan tambahan oleh Encik Lim Biow Chuan (SMC Mountbatten) tentang sama ada Majlis Bandaran boleh mendapatkan sokongan lebih baik daripada SCDF untuk melakukan penilaian keselamatan kebakaran setiap kali terdapat kes penimbunan yang dilaporkan, Dr Faishal berkata SCDF tidak menilai rumah yang bersepah sebagai risiko kebakaran utama.




"SCDF telah mendidik penduduk tentang penggunaan alat pemadam api melalui program pendampingan awam seperti Program Persediaan Kecemasan Masyarakat dan Hari Ketahanan Masyarakat."
- Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >