Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

GEMPA BUMI DI TURKEY, SYRIA

SCDF hantar pasukan penyelamat ke Turkey

Feb 08, 2023 | 05:30 AM



PASUKAN Pertahanan Awam Singapura (SCDF) akan menghantar sebuah kontinjen Operation Lionheart (OLH) bagi membantu misi menyelamat dan kemanusiaan di Turkey selepas negara tersebut dilanda gempa bumi sekuat 7.9 pada skala Richter kelmarin.



Dalam satu catatan di Facebook SCDF, 20 anggota yang terdiri daripada pegawai Pasukan Bantuan dan Menyelamat Bencana (Dart), pakar paramedik dan seorang doktor akan dikerahkan ke negara itu.



Kontinjen yang dibentuk pada 1990 itu telah berkhidmat dalam 19 misi menyelamat dan kemanusiaan sejauh ini.



Pada November lalu, pasukan Dart juga telah dikerahkan ke Sydney, Australia, bagi membantu usaha menyelamat akibat bencana banjir di sana.



Kontinjen OLH pernah dikerahkan pada 2011 susulan gempa bumi yang melanda bahagian timur laut Jepun.



Dalam kerahan tersebut, lima pegawai dan lima ekor anjing daripada pasukan Mencari dan Menyelamat di Bandar (Usar) SCDF menyediakan bantuan menyelamat dan kemanusiaan.



Dalam pada itu, Persatuan Palang Merah Singapura (SRC) juga mengumumkan bahawa mereka akan mengaktifkan perkhidmatan 'Memulihkan Jalinan Keluarga' atau RFL bagi membantu warga Singapura dan yang lain untuk mencari ahli keluarga mereka yang mungkin berada di Turkey dan Syria semasa dilanda gempa dan mendapati kesukaran untuk menghubungi mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >