Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SCDF tingkat kemudahan latihan guna teknologi digital: Shanmugam

Kendali sekitar 8,300 kes Covid-19
Apr 16, 2021 | 05:30 AM



PEGAWAI Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) telah mengendalikan sekitar 8,300 kes yang disyaki sebagai kes Covid-19 sejauh ini, dengan 2,000 antaranya dikesan sebagai kes virus itu.



Ini didedahkan Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, dalam satu rakaman ucapannya sempena sambutan Hari SCDF semalam.



Beliau memuji usaha SCDF, terutama dalam mengendalikan krisis Covid-19 bersama pegawai sektor awam lain di barisan hadapan.



Pada masa yang sama, Encik Shanmugam juga memperkenal pelbagai perkembangan dari segi kemudahan latihan dan aset baru dalam pasukan itu yang dilengkapi teknologi digital dan akan memperluas keupayaan SCDF.



Antaranya ialah kerja-kerja bagi mempertingkat Akedemi Pertahanan Awam (CDA) yang dijangka selesai dalam sekitar tiga tahun, kata SCDF.



"Fasa Satu (kerja pembangunan semula CDA itu) dijangka selesai tahun ini dengan beberapa kemudahan latihan baru yang akan dilancarkan," tambah Encik Shanmugam.



Antara kemudahan baru di CDA ialah sebuah Makmal bagi Memperluas dan Melatih Kecerdasan Jasmani Responder Kecemasan (ExCEL).



Kemudahan itu membolehkan SCDF mengumpul maklumat fiziologi untuk lebih memahami batasan serta jangka masa bertugas dan berehat bagi membolehkan SCDF menyesuaikan program latihan secara khusus bagi setiap pegawai.



Selain itu sebuah Makmal Pembelajaran Digital juga akan disiapkan untuk melatih pegawai SCDF menerusi sistem realiti maya yang berupaya menyamar pelbagai senario kecemasan dan kebakaran.



Menyusuli kemudahan digital itu, Encik Shanmugam berkata: "SCDF mempunyai rekod yang baik dalam menggunakan teknologi untuk memenuhi keperluan tugasnya.



"Ia telah mula menggunakan kaedah realiti maya untuk menyokong latihan di lapangan, dan mendedahkan pegawai kepada kejadian berskala besar dan kompleks.



"Sekitaran simulasi ini akan membolehkan pelatih mempelajari bagaimana mengendalikan insiden kecemasan dengan selamat dan mencuba pelbagai strategi baru."



Kemudahan baru lain termasuk Premis Pelbagai Guna (MUP) yang mempunyai kemudahan latihan tempat kejadian seperti sebuah pusat pertukaran bas, stesen MRT, pusat beli-belah dan terowong kenderaan.



"Kemudahan replika ini akan mebolehkan SCDF membuat lebih banyak simulasi kecemasan sewaktu latihan," ujar Encik Shanmugam.



Beliau menambah, sebuah Pusat Latihan Nasional EMS (Perkhidmatan Perubatan Kecemasan) yang berupaya memenuhi keperluan latihan paramedik dan menetapkan piawaian nasional penjagaan prahospital juga akan dibangunkan.



Selain kemudahan tersebut, SCDF juga akan menerima tiga kenderaan baru, iaitu dua Kenderaan Komand baru dan sebuah ambulans yang dilengkapi pelbagai ciri teknologi.



Sementara itu, Pesuruhjaya SCDF, Encik Eric Yap, berkata kemudahan CDA baru ini akan memanfaatkan teknologi digital dengan sistem pembelajaran elektronik dan mudah alih yang akan membolehkan pegawai melakukan pembelajaran berdasarkan keperluan khusus buat diri mereka sendiri.



Beliau juga mendedahkan, pegawai kecemasan dan anggota bomba juga akan memakai alat perlindungan peribadi - termasuk alat pernafasan yang menggunakan kaedah digital yang berupaya mengawasi keadaan fizikal penggunanya - mulai tahun depan.



"Perubahan ini adalah sebahagian daripada usaha SCDF dalam memajukan khidmat respons terhadap kecemasan yang dilengkapi kaedah digital yang mengutamakan keselamatan pegawai kami," tambah Encik Yap.




"Ia (SCDF) telah mula menggunakan kaedah realiti maya untuk menyokong latihan di lapangan, dan mendedahkan pegawai kepada kejadian berskala besar dan kompleks.

Sekitaran simulasi ini akan membolehkan pelatih mempelajari bagaimana mengendalikan insiden kecemasan dengan selamat dan mencuba pelbagai strategi baru."

- Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >