Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sebab cintakan lelaki Nigeria, wanita S'pura sanggup jadi 'keldai wang'

Feb 22, 2023 | 05:30 AM



SEORANG wanita yang jatuh cinta dengan ahli kumpulan penjenayah Nigeria yang menjalankan penipuan cinta dari Malaysia, mempunyai seorang anak hasil hubungannya dengan lelaki itu.



Dengan mempergunakan hubungan itu, Awolola Oladayo Opeyemi memberikan keyakinan kepada Suhaili Suparjo, 33 tahun, untuk bertindak sebagai 'keldai wang' dan menerima wang tunai secara peribadi melalui akaun banknya.



Wanita warga Singapura itu kemudian ke Malaysia untuk menyerahkan wang tunai itu kepada lelaki itu.



Selasa lalu, Suhaili dijatuhi hukuman penjara 15 bulan selepas dia mengaku bersalah atas dua tuduhan membantu orang lain melakukan jenayah yang melibatkan lebih daripada $356,000.



Pada Disember 2021, Awolola yang ketika itu berusia 37 tahun, dijatuhi hukuman penjara lima tahun di Mahkamah Daerah selepas dia mengaku bersalah atas tiga tuduhan bekerjasama dengan orang lain untuk menerima faedah kelakuan jenayah yang dikaitkan dengan kerugian lebih $550,000.



Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Encik Jordon Li berkata bagi kes yang melibatkan penipuan cinta itu, ia dilakukan dengan mengenali mangsa dan menggunakan identiti palsu menerusi Internet.



Dia akan memulakan hubungan dengan mangsa itu untuk mendapatkan kepercayaan mereka, dan kemudian meminta mereka wang.



Mempercayai penipu itu, mangsa akan membuat pemindahan bank atau menyerahkan wang tunai kepada orang lain berdasarkan arahan yang mereka terima.



Awolola kemudiannya akan pergi ke Malaysia dengan menggunakan alasan dia sedang melanjutkan pelajaran.



Sebaliknya, dia menjadi sebahagian daripada sindiket penipuan cinta dan kegiatan jenayah.



Dia bekerja dengan penipu yang hanya dikenali sebagai Fola, yang akan menipu mangsa itu. Awolola kemudian akan merekrut keldai wang untuk membantu menerima dana daripada mangsa-mangsa bagi pihak sindiketnya.



DPP Li berkata bahawa Awolola akan menjalin hubungan dengan wanita Singapura terdahulu sebelum merekrut mereka sebagai keldai wang.



Menurut pendakwa, Suhaili merupakan salah seorang wanita yang direkrutnya.



Dokumen mahkamah tidak mendedahkan bagaimana pasangan itu pertama kali bertemu, tetapi Suhaili kemudian menerima $100,200 daripada seorang mangsa penipuan cinta pada Januari 2018.



Dia kemudian pergi ke Malaysia dan menyerahkan jumlah wang itu kepada Awolola.



Suhaili juga memeterai perjanjian dengan Awolola bagi akaun bank di Singapura untuk menerima wang baginya.



Antara Jun dengan Ogos 2017, ia digunakan untuk menerima manfaat kelakuan jenayah berjumlah hampir $256,000.



Suhaili kemudian akan mengeluarkan wang itu dan mengembara ke Malaysia untuk menyerahkannya kepada Awolola.



Dua lagi wanita Singapura kemudian membuat laporan polis, menyatakan bahawa mereka adalah mangsa penipuan cinta dan mereka telah memindahkan wang tunai ke akaun bank Suhaili.



Dalam satu operasi pada 16 April 2019, polis Malaysia telah menahan Awolola di Kuala Lumpur. Dia kemudiannya telah dibawa ke Singapura dan didakwa di mahkamah pada Mei 2019.



Peguam bela Encik Yamuna Balakrishnan memberitahu mahkamah bahawa Suhaili, yang ketika itu "sedang dilamun cinta" dengan Awolola, tidak meraih sebarang manfaat kewangan daripada kesalahan tersebut.



Ikat jamin Suhaili ditetapkan pada $15,000 pada hari Selasa, dan dia dijangka menyerah diri di mahkamah pada 7 Mac untuk mula menjalani hukuman.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >