Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sebabkan kematian pegawai polis tidak bertugas: Pemandu dijel 10 minggu

Jul 05, 2023 | 04:28 PM



Pemandu kereta yang menyebabkan kematian seorang pejalan kaki yang dilanggar semasa pemandu itu membelok di persimpangan jalan raya di Shenton Way, telah dijatuhkan hukuman penjara 10 minggu pada Selasa.

Warga Amerika Syarikat, Andrew Charles Vasko, 55 tahun, juga tidak dibenarkan memandu selama lima tahun.

Penduduk tetap Singapura itu didakwa bersalah pada Jun kerana menyebabkan kematian akibat perbuatan cuai yang tidak mencapai ke tahap kesalahan membunuh. Dia bercadang untuk merayu terhadap kedua-dua dakwaan dan hukumannya.

Hakim Daerah Shawn Ho berkata Vasko, yang menuntut dibicarakan selepas dia didakwa berikutan kemalangan itu pada 2019, gagal memeriksa dengan teliti keadaan sekeliling sebelum membelok ke kanan di Shenton Way.

Pejalan kaki itu, Cik Salinah Mohamed, merupakan seorang pegawai polis yang tidak bertugas, telah mengalami beberapa kecederaan dalam kemalangan itu, termasuk kecederaan parah di kepala.

Cik Salinah, yang berusia 40 tahun, meninggal dunia empat hari kemudian, meninggalkan suami dan tiga orang anak yang masih kecil.

Kemalangan berlaku pada malam 10 Februari 2019. Vasko memandu keretanya di lorong paling kanan di Maxwell Road ketika dia berhenti di persimpangan lampu isyarat.

Apabila lampu isyarat bertukar hijau dan memihak kepadanya, dia menuju ke pertengahan persimpangan dan berhenti sebelum membelok ke kanan.

Cik Salinah ketika itu sedang melintas jalan apabila lampu isyarat pejalan kaki bertukar hijau.

Vasko yang kemudian memecut keretanya tidak melihat Cik Salina, lantas bertembung dengannya. Cik Salinah tercampak ke bahagian kiri jalan raya.

Siasatan menunjukkan Vasko memandu dalam had laju ketika kemalangan berlaku. Walaupun dia mengakui bahawa dia mempunyai dua gelas wain putih awal malam itu di Sentosa, dia lulus ujian pernafasan.

Peguam bela, Encik Remy Choo Zheng Xi dan Cik Carol Yuen berkata bahawa anak guam mereka tidak cuai.

Mereka berkata Vasko tidak nampak Cik Salinah melintas jalan kerana kawasan itu tidak mempunyai lampu yang mencukupi.

Dia juga terganggu oleh seorang penunggang motosikal, yang memotongnya di sebelah kanannya.

Peguam juga berhujah bahawa Cik Salinah telah melintas jalan semasa lelaki hijau itu berkelip, yang mereka katakan merupakan faktor penyumbang penting kepada kemalangan itu.

Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Stacey Fernandez berkata dakwaan itu “tanpa asas dan akhirnya menghalakan tumpuan”, dan menambah bahawa Vasko mempunyai kewajipan untuk memerhati pergerakan pejalan kaki dan meneruskan hala dengan mengambil kira keselamatan mereka.

DPP berkata Vasko telah gagal untuk memerhati dan memberi laluan kepada Cik Salinah, yang sedang melintas ketika lampu isyarat hijau memihak kepadanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >