Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG KESELAMATAN DALAM TALIAN

Sebar kandungan buruk: IMDA boleh ambil tindakan ke atas kumpulan mesej privet

Nov 10, 2022 | 05:30 AM



PENGUASA Pembangunan Infokom Media (IMDA) akan diberi kuasa untuk mengambil tindakan terhadap kumpulan mesej privet yang menyebarluaskan kandungan buruk, di bawah Rang Undang-Undang Keselamatan Dalam Talian (Pindaan Rampaian) yang diluluskan di Parlimen semalam.



Menteri Perhubungan dan Penerangan, Cik Josephine Teo, berkata meskipun pemerintah tidak berhasrat untuk memantau komunikasi privet, mereka juga sedar bahawa terdapat kumpulan dengan keanggotaan yang amat besar, yang boleh digunakan untuk menyebarluaskan kandungan buruk, lantas ini tidak membezakan mereka daripada kumpulan komunikasi bukan privet.



"Rang Undang-Undang ini menyenaraikan faktor yang mesti dipertimbangkan secara kolektif.



"Seperti contoh ia boleh menetapkan bahawa sesebuah kumpulan media sosial itu dianggap sebagai awam, meskipun kumpulan media sosial itu telah menetapkannya sebagai privet dan memerlukan si pemilik memberi kebenaran sebelum sesiapa boleh mengakses kandungannya," katanya.



Cik Teo berkata demikian sebagai respons kepada soalan beberapa Anggota Parlimen (AP) tentang mengapa komunikasi privet telah dikecualikan di bawah Rang Undang-Undang itu di Parlimen semalam



Menurut Cik Teo:



"Jawapan ringkasnya ialah timbulnya kebimbangan akan privasi yang sah, namun pengguna masih boleh mendapatkan tempat mengadu.



"Kod draf atau amalan bagi keselamatan dalam talian akan memerlukan perkhidmatan media sosial yang ditetapkan untuk menawarkan akses mudah - mekanisme untuk pengguna membuat laporan," ujarnya.



Cik Teo berkata pihaknya akan terus mengkaji isu ini dengan teliti bersama agensi, industri dan rakan antarabangsa lain.



Menurut beliau, pihaknya akan mengutamakan semua jenis perkhidmatan yang digunakan secara meluas di sini dan di mana risiko keselamatan menjadi semakin jelas.



IMDA menggunakan pelbagai sumber data mengenai trend pengguna di Singapura untuk membantu dalam penilaian ini, tambahnya.



"Pemerintah sedang mengkajinya secara aktif dalam beberapa bidang, tapi saya mohon agar anda faham bahawa membincangkannya di peringkat awal dianggap tidak produktif.



"Sebaliknya, mari kita memahaminya dengan lebih baik isu ini dengan mengambil panduan daripada usaha kawal selia di tempat lain," katanya lagi.



Kelmarin, Cik Teo menjelaskan bahawa salah satu seksyen yang disarankan Rang mentakrifkan "kandungan buruk" termasuk memperjuangkan pengganasan, membunuh diri atau membahayakan diri sendiri, keganasan (termasuk keganasan seksual), mengeksploitasi kanak-kanak secara seksual, kandungan yang membawa kepada risiko kesihatan awam, dan kandungan berkemungkinan memperlekeh keharmonian kaum dan agama.



Ditanya beberapa AP tentang bagaimana jenis kandungan yang dianggap buruk itu ditentukan, Cik Teo berkata pemerintah telah berunding dengan pelbagai pihak berkepentingan termasuk ibu bapa, kumpulan masyarakat dan wakil industri.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >