Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sebuah syarikat didenda $5,000 kerana mengimport makanan segar secara haram

Aug 24, 2022 | 05:57 PM



SYARIKAT CK Fresh Pte Ltd telah didenda $5,000 oleh mahkamah hari ini kerana mengimport secara haram buah-buahan dan sayur-sayuran untuk dijual. 



Pengarah syarikat itu, Encik Chai Chwee Yoke, juga didenda $5,000 kerana tidak mencegah kesalahan itu. 



Agensi Makanan Singapura (SFA) dan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) menyatakan demikian dalam satu kenyataan mereka petang ini. 



Pada 17 November 2021, sebuah trak yang membawa hasil makanan untuk syarikat CK Fresh Pte Ltd telah ditahan semasa operasi bersama yang dijalankan oleh SFA dan ICA di Pusat Pemeriksaan Woodlands. 



Trak itu telah dirujuk kepada SFA untuk pemeriksaan susulan dan siasatan dan telah didapati mengimport secara haram lebih kurang 378 kilo buah-buahan dan sayur-sayuran segar yang tidak diisytiharkan dalam konsainannya yang diimport daripada Malaysia.



Semua konsainan haram itu kemudiannya dirampas. 



Untuk mengimport makanan ke Singapura, ia mesti memenuhi keperluan SFA dan buah-buahan serta sayur-sayuran hanya boleh diimport oleh pengimport berlesen, dan setiap konsainan mesti diisytiharkan dan disertakan dengan permit import yang sah. 



Sayur-sayuran yang diimport secara haram datangnya dari sumber yang tidak diketahui dan boleh mendatangkan risiko keselamatan makanan jika ia mempunyai sisa racun perosak yang tinggi dan boleh membawa kesan-kesan kesihatan yang buruk. 



Pesalah yang mengimport secara haram buah-buahan dan sayur-sayuran segar boleh dikenakan denda maksimum $10,000 dan / atau penjara tidak melebihi tiga tahun. 



Pihak ICA menyatakan bahawa melindungi sempadan Singapura adalah satu keutamaan mereka dan akan teruskan usaha merek untuk menjalankan pemeriksaan keselamatan untuk mengesan dan menghalang percubaan mengimport secara haram.



Pihak SFA juga menyatakan bahawa mereka akan terus melindungi keselamatan makanan melalui integrasi sistem keselamatan makanan yang mempunyai peraturan dan penguatkuasaan import yang ketat dan akan bekerjasama rapat dengan agensi-agensi kawalan untuk mencegah import haram merentasi sempadan Singapura.



  

      

      

              



      

    

        

      


      

    

  



   

        




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >