Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sedih lepaskan jenama teh warisan Haroon Bin Ali...

May 07, 2023 | 05:30 AM



MUNGKIN masih ramai yang mengenali bungkusan trademark teh jenama Haroon Bin Ali - serba serbi merah dengan cap pokok kelapa di tengah- tengah.



Bermula sebagai perniagaan kecil sekitar 1900-an, jenama teh Haroon Bin Ali terus berkembang berkat usaha tiga generasi keturunan pengasasnya.



Perniagaan tersebut diwarisi anak sulung pengasasnya, Encik Sibli Haroon, sekitar 1950-an dan kemudian diambil alih anaknya, Encik Abdul Razak Sibli sekitar 1995.



Berkat perjuangan tiga generasi tersebut, jenama Haroon Bin Ali terus maju dan menjadi jenama teh yang diyakini di Singapura serta ditawarkan di pasar raya utama, termasuk Mustafa Centre dan Sheng Siong.



Meskipun cinta terhadap jenama itu terus terpahat di hati, usia dan keadaan kesihatan Encik Abdul Razak, kini 82 tahun, tidak membolehkan beliau meneruskan perjuangan tersebut.



Penyakit Parkinsons yang dialami Encik Abdul Razak lebih 18 tahun lalu kini membuat beliau sukar bergerak dan bertutur, sementara isterinya Cik Shaeeda Ismail Musa Arif, 73 tahun, pula mengalami masalah pinggang.



Justeru selepas hampir tiga dekad memperjuangkan jenama Haroon Bin Ali itu, pasangan tersebut memutuskan untuk 'melepaskan' perniagaan tersebut pada 2021.



Meskipun perpisahan itu agak perit, Encik Abdul Razak akui ia merupakan langkah yang penting bagi memastikan jenama tersebut terus kekal dan berkembang maju.



"Harapan kami adalah supaya mereka dapat kekalkan dan terus jayakan jenama Haroon Bin Ali, ini sudah cukup untuk buat kita gembira," katanya penuh harapan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >