Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN NEGARA

Segarkan kompak sosial agar rumah terus mampu dimiliki

Apr 12, 2023 | 05:30 AM



SINGAPURA akan terus memberi kesegaran pada kompak sosial berkaitan perumahan agar perumahan kekal dimampui dan dapat diakses, selain estetnya kekal inklusif, kohesif serta mampan, ujar Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee.



Beliau berkata negara ini perlu terus mengemas kini program dan dasar perumahan awamnya sedang bandar membangun dan masyarakatnya terus matang.



Ini kerana menjelang 2030, seorang dalam setiap empat warga negara ini akan berusia 65 tahun.



"Kita juga akan mempunyai lebih ramai orang bujang dan pemberi jagaan dalam masyarakat, dan lebih ramai warga muda Singapura beraspirasi tinggal sendiri.



"Tambahan pula estet perumahan awam dan flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) kita kian menua. Banyak estet juga telah menjadi semakin membangun saban masa," katanya.



Encik Lee berkata demikian dalam adendum (kenyataan tambahan) beliau kepada ucapan Presiden Halimah Yacob pada pembukaan Parlimen pada 10 April, yang membentangkan keutamaan pemerintah bagi baki penggal Parlimen ke-14.



Dalam ucapannya, Cik Halimah berkata Singapura akan memastikan perumahan awam mampu dimilik dan boleh diakses oleh warga Singapura.



Hampir 100,000 rumah privet dan awam baru dijangka siap antara sekarang hingga 2025.



Dalam adendumnya, Encik Lee berkata pihaknya akan terus mengekalkan saluran berkekalan bagi memenuhi permintaan perumahan dan menyesuaikan dasar selagi perlu bagi memastikan pasaran hartanah stabil dan mampan.



"Program perumahan kita telah membolehkan lapan dalam setiap 10 isi rumah warga Singapura tinggal dalam flat HDB hari ini.



"Kita perlu terus mengemas kini program dan dasar perumahan kita sedang bandar membangun dan masyarakatnya matang," ujar beliau.



Encik Lee menambah bahawa pihaknya akan memberi kesegaran terhadap kompak sosial perumahan negara ini, agar perumahan terus kekal dimampui dan dan dapat diakses.



Usaha juga dijalankan agar estet perumahan kekal inklusif, kohesif, dan mampan, tambahnya.



"Kami akan memberi komitmen untuk menyokong keluarga.



"Kami akan membantu pasangan muda yang berkahwin dan keluarga yang mempunyai anak membeli rumah pertama mereka.



"Kami akan memastikan perumahan awam yang inklusif, termasuk di kawasan utama.



"Kami akan terus melancarkan flat di bawah model Perumahan Awam Lokasi Utama (PLH)," tambah Encik Lee.



Menurutnya, kompak sosial baru berkaitan perumahan memaparkan muafakat dalam kalangan warga Singapura tentang keutamaan sebagai sebuah negara dan bagaimana ia memperuntuk tanah serta sumber terhad bagi memenuhi aspirasi yang bertambah.



"Kita mesti memperuntuk tanah dan sumber mencukupi bagi generasi masa depan, bagi memenuhi aspirasi dan keperluan," ujar beliau.



Bagi jangka panjang, MND, kata Encik Lee, akan mengimbangi keperluan yang berbeza dan melaksana rancnagan terperinci untuk memastikan negara ini hijau, bertenaga dan inklusif.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >