Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sehingga $1,100 tambah nilai MediSave untuk generasi Perintis, Merdeka pada Julai

Jun 09, 2023 | 05:12 PM



Warga Singapura daripada generasi Perintis dan Merdeka akan menerima tambah nilai MediSave antara $200 dengan $1,100 pada Julai.

Secara keseluruhan, sebanyak $254 juta akan diberikan pemerintah kepada warga Singapura -- turun daripada $270 juta pada 2022, menurut Kementerian Kewangan (MOF) dan Kementerian Kesihatan (MOH) dalam satu kenyataan bersama pada Jumaat.

Tambah nilai ini boleh digunakan untuk membayar premium MediShield Hayat dan CareShield Hayat serta pelan insurans lain yang diluluskan oleh MediSave, kemasukan ke hospital, pembedahan dan rawatan untuk pesakit luar yang diluluskan.

Jumlah tambah nilai MediSave untuk setiap warga daripada generasi perintis adalah antara $250 dengan $900 setiap tahun.

Warga yang lahir antara 1945 dengan 1949 akan menerima $250, manakala mereka yang lahir antara 1940 dengan 1944 akan menerima $500.

Warga yang lahir antara 1935 dengan 1939 akan menerima $700, dan mereka yang lahir pada 1934 atau sebelum itu akan menerima $900.

Untuk meringankan beban membayar premium MediShield Hayat yang lebih tinggi, warga berumur antara 84 dengan 88 tahun pada 2023 dan mempunyai keadaan serius akan menerima tambahan $50 setiap tahun sehingga 2025.

Mereka yang berumur 88 tahun ke atas pada 2023 dan mempunyai keadaan serius akan menerima tambahan $200 setiap tahun, sehingga 2025.

Pakej Generasi Perintis telah diperkenalkan pada 2014 untuk memberi penghormatan kepada golongan itu atas sumbangan mereka pada tahun-tahun awal Singapura.

Hampir $160 juta telah diketepikan untuk tambah nilai bagi generasi perintis tahun ini.

Sementara itu, Pakej Generasi Merdeka, yang dilancarkan pada 2019, menggalakkan warga emas yang lahir antara 1950 dengan 1959 untuk kekal aktif dan sihat, serta memberi mereka jaminan lebih besar terhadap kos penjagaan kesihatan.

Mereka yang layak bagi pakej tersebut akan menerima $200 dalam tambah nilai MediSave setiap tahun selama lima tahun dari 2019 hingga 2023.

Tambah nilai tahun ini untuk generasi Merdeka akan berjumlah lebih daripada $94 juta.

Warga emas yang layak yang telah memuat turun dan menyediakan aplikasi Singpass mereka akan menerima pemberitahuan mengenai jumlah tambah nilai mereka selewat-lewatnya pada 20 Jun.

Mereka yang tidak mempunyai aplikasi itu tetapi telah mendaftarkan nombor telefon mereka dengan Singpass sebelum Ahad akan menerima SMS selewat-lewatnya pada 20 Jun untuk memaklumkan mereka jumlah yang mereka layak terima.

Warga emas yang lain akan menerima surat pada akhir Jun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >