Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sekatan aktiviti udara semasa F1: CAAS

Sep 22, 2022 | 05:30 AM



PENERBANGAN atau pelepasan objek udara seperti dron, tanglung dan layang-layang, akan dilarang di beberapa kawasan di sini semasa perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix Singapura Singapore Airlines dari 29 September hingga 3 Oktober.



Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) berkata semalam larangan kegiatan udara itu bagi memastikan keselamatan helikopter yang menjalankan penggambaran udara semasa acara itu.



Kawasan larangan sementara akan termasuk Marina Bay, Kallang Basin, kawasan pusat bandar (CBD), Little India dan Tiong Bahru, dan dilanjutkan dari paras tanah hingga 4,000 kaki (1.2 kilometer) di atas paras laut purata.



Larangan itu berkuat kuasa dari 2.30 petang hingga 10.30 malam pada 29 September, 3.30 petang hingga 11 malam pada 30 September, 3 petang hingga 12 malam pada 1 Oktober, dan dari 3 petang pada 2 Oktober hingga 12.30 malam pada 3 Oktober.



CAAS berkata aktiviti udara tidak dibenarkan dalam kawasan larangan sementara adalah satu kesalahan di bawah Perintah Navigasi Udara (ANO) dan Peraturan Navigasi Udara 2019 (101 - Operasi Pesawat Tanpa Orang) (ANR-101).



Sesiapa ditangkap melakukan kesalahan di bawah ANO boleh didenda hingga $20,000 bagi kesalahan pertama.



Kesalahan seterusnya membawa hukuman denda hingga $40,000, penjara hingga 15 bulan, atau kedua-dua hukuman.



Bagi kesalahan pertama di bawah ANR-101, pesalahan boleh didenda hingga $50,000 atau dipenjara hingga dua tahun.



Kesalahan seterusnya membawa hukuman denda hingga $100,000 atau penjara hingga lima tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >