Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

REVIU TAHUN 2021 YAYASAN MENDAKI

Mendaki beri panduan kepada pelajar tuisyen kenal pasti laluan posmenengah

Program Mentoring@MTS dipertingkat jadi #AmPowered@MTS
Feb 06, 2022 | 05:30 AM



YAYASAN Mendaki akan mempertingkat program bimbingannya mulai tahun ini, selaras usaha berterusannya memberi bimbingan lebih menyeluruh kepada pelajar.



Program bimbingan Mentoring@MTS akan dipertingkat menjadi #AmPowered@MTS - sebuah program nilai tambah yang akan diterapkan ke dalam kurikulum program Skim Tuisyen Mendaki (MTS).



Program bimbingan sembilan bulan itu bertujuan memberi panduan kepada pelajar untuk membuat keputusan lebih baik dengan mengetahui lebih mendalam laluan pascasekolah menengah mereka berdasarkan minat dan kekuatan sendiri.



Ia juga menyediakan platform bagi mentor menggalak pelajar di bawah bimbingan mereka menetapkan aspirasi dan bekerja keras bagi mencapai aspirasi tersebut.



Di samping itu, ia diharap dapat membantu menghubungkan pelajar kepada peluang memperoleh pengetahuan tentang landskap pekerjaan baru muncul dan perkongsian daripada model peranan yang boleh mereka jadikan inspirasi.



Program #AmPowered@MTS juga bertujuan mewujudkan kesedaran tentang laluan pendidikan mereka melalui mentor yang ditugaskan membimbing mereka.



Timbalan pengerusi Mendaki, Encik Zaqy Mohamad, berkata program bimbingan dipertingkat itu berupaya membuat pelajar lebih bersemangat mengejar apa yang mereka inginkan.



"Saya rasa yang penting ialah kita memberi bimbingan kepada pelajar ini dari segi pilihan pendidikan, jenis kerjaya yang mereka ingin ceburi, dan jenis mata pelajaran yang perlu mereka ambil.



"Jadi ini adalah antara cara memberitahu pelajar ini awal supaya menetapkan cita-cita dan kemudian memberi inspirasi kepada mereka untuk berjaya di sekolah.



"Tidak kira anda membuat keputusan melanjutkan pelajaran ke Institut Pendidikan Teknikal (ITE), politeknik mahupun maktab rendah, dan kemudian ke universiti, adalah penting pelajar Melayu/Islam kita dapat menetapkan sasaran melanjutkan pendidikan mereka ke peringkat lebih tinggi," kata Encik Zaqy ketika ditemui media selepas lawatannya ke Sekolah Menengah Marsiling semalam.



Dalam lawatan itu, Encik Zaqy, yang juga Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), melihat sendiri cara program bimbingan MTS dijalankan dan berinteraksi bersama pelajarnya.



Program bimbingan khusus bagi pelajar menengah tiga dan empat aliran Normal (Akademik dan Teknikal) itu akan berlangsung dari bulan depan hingga November dua kali sebulan - semasa sesi MTS dan sekali lagi dalam talian di luar waktu MTS. Setiap sesi selama sejam.



Sebagai sebahagian program pementoran, mentor berpeluang menghadiri bengkel pembangunan dan sesi perkongsian yang dikendalikan oleh pakar industri.



Terdapat juga tinjauan suku tahunan di mana mentor dapat berkongsi pandangan tentang pengalaman mereka.



Seorang mentor, Encik Mirza Nabil Putra Azhar, 22 tahun, berkata dia gembira menjadi mentor sejak tahun lalu kerana ia peluang menyumbang kembali kepada masyarakat.



"Sebagai mentor, saya bukan dapat membantu mereka dalam membuat keputusan sesuai dengan apa yang mereka inginkan saja, malah menjadi rakan mereka. Saya gembira apabila melihat mereka berjaya mengecapi apa yang mereka inginkan," kata mahasiswa tahun pertama Universiti Nasional Singapura (NUS) itu.



Sepanjang tahun lalu, 525 mentor dilatih dan dikerahkan membimbing 1,685 pelajar MTS dan di ITE.







SEKILAS 2021 YAYASAN MENDAKI 



SKIM TUISYEN MENDAKI (MTS)



- Lebih $5.3 juta dibelanja bagi 866 kelas untuk lebih 7,000 pelajar di 88 pusat



SKIM SUBSIDI YURAN TUISYEN PENGAJIAN TINGGI (TTS) DAN PINJAMAN PENGAJIAN



- Lebih $45 juta diagih kepada hampir 12,000 pelajar



DERMASISWA, BIASISWA DAN ANUGERAH



- Lebih $1.9 juta diberi kepada lebih 7,000 pelajar



KEMPEN RAIKAN ILMU



- Hampir 19,000 tontonan dan penyertaan dalam talian



KELAS MATEMATIKA (KMM)



- 65 kelas (secara fizikal dan dalam talian) diadakan untuk menjangkau lebih 3,500 ibu bapa dan kanak-kanak - peningkatan lebih 350% daripada 2020



PROGRAM MENTOR



- 525 mentor dilatih dan dikerah membimbing 1,685 menti di bawah program bimbingan MTS dan di ITE.



SUKARELAWAN



- Lebih 2,700 sukarelawan berdaftar dengan Mendaki, meningkat 41% daripada 2020, dan lebih 550 dikerah membantu menjalankan program Mendaki



NASIHAT KERJAYA DAN PEKERJAAN



- 14 pameran kerjaya (secara fizikal dan maya) membantu mereka yang mencari kerja



- Membantu lebih 960 orang menerusi pameran kerjaya fizikal dan maya serta perkhidmatan Nasihat Kerjaya.



- Lebih 1,700 mengikuti program peningkatan kemahiran dan latihan




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >