Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sekilas

Nov 24, 2020 | 05:30 AM



Dijel guna slip gaji palsu bantu orang lain mohon pinjaman



SEORANG pengasas syarikat menggunakan slip gaji palsu untuk membantu orang lain memohon pinjaman daripada bank.



Disebabkan penipuan itu, Standard Chartered Bank (SCB) dan United Overseas Bank meluluskan pinjaman hampir $1 juta bagi pemohon tersebut, lapor The Straits Times.



Mahkamah diberitahu bahawa hingga kini pemohon berkenaan masih berhutang lebih $360,000 kepada SCB.



Warga Singapura Daryl Sit Wei Li, pengasas Capable Group berusia 30 tahun, dihukum penjara 26 bulan semalam selepas mengaku bersalah bagi empat tuduhan menggunakan slip gaji palsu bagi memohon pinjaman bank.




Angkatan laut SG, India dan Thailand selesai latihan maritim dua hari



ANGKATAN Laut Republik Singapura (RSN) telah berjaya mengehoskan Latihan Maritim Singapura-India-Thailand (Sitmex) yang kedua.



Dalam satu kenyataan semalam, Kementerian Pertahanan (Mindef) berkata latihan itu berlangsung dari Sabtu hingga kelmarin di Laut Andaman



Sejumlah lima kapal terlibat dalam latihan tersebut, termasuk kapal frigat RSS Intrepid dan kapal pendaratan RSS Endeavour RSN.



Disebabkan pandemik Covid-19, kru dua kapal itu diasingkan dan diuji negatif bagi virus tersebut sebelum dikerahkan bagi latihan itu.



Latihan itu juga dirancang secara maya dan dijalankan di laut sahaja. Tidak ada hubungan fizikal antara anggota angkatan laut yang mengambil bahagian, kata Mindef.




Pesawat privet kecil dari S'pura mendarat cemas di lebuh raya Johor



DUA juruterbang Singapura yang memandu sebuah pesawat privet kecil melakukan pendaratan kecemasan di Lebuh Raya Utara-Selatan di Johor pagi kelmarin, selepas pesawat itu mengalami masalah teknikal.



Penguasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) berkata dalam satu kenyataan kededua juruterbang dalam keadaan stabil.



Ketua Eksekutif CAAM, Kapten Chester Voo, berkata seorang daripada mereka memohon dibenarkan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai di Johor Bahru pada 10.40 pagi kerana masalah teknikal.



Pesawat Beechcraft Model 35 Bonanza itu dikendalikan Premier Air Singapura dan dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Seletar di Singapura ke Melaka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >