Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sekilas

Jan 20, 2021 | 05:30 AM



Wanita dituduh pindah wang mangsa tipu dalam talian



SEORANG wanita yang disyaki memindahkan wang yang dicuri daripada mangsa penipuan dalam talian dikenakan tiga tuduhan di mahkamah semalam.



Menurut dokumen mahkamah, Maslenie Mohamed Ramli, 38 tahun, menawarkan khidmat memindahkan wang dalam negeri dan menerima $4,855 daripada 13 urus niaga di dalam akaun POSB-nya pada Mei tahun lalu, untuk tujuan melakukan urus niaga ke akaun sebuah bank tempatan.



Dia tidak mempunyai lesen sah untuk melakukan demikian dan tidak memenuhi syarat lain bagi menyediakan perkhidmatan tersebut.



Polis mengatakan Maslenie mendakwa dia respon kepada sebuah iklan pekerjaan dalam talian dan digajikan sebagai pegawai akaun untuk melakukan pemindahan bank.



Maslenie dikatakan dijanjikan komisen harian bagi membantu menyediakan perkhidmatan pembayaran menggunakan akaun banknya.



Dana tersebut, bagaimanapun, merupakan hasil perbuatan jenayah melibatkan mangsa penipuan dalam talian.



Jika sabit kesalahan menyediakan khidmat pembayaran tanpa lesan, pesalah boleh dikenakan hukuman denda hingga $125,000, penjara hingga tiga tahun atau kededua hukuman.




Lelaki 81 tahun kendali rumah urut haram tika pemutus litar



SEORANG lelaki berusia 81 tahun ditangkap kerana mengendalikan rumah urut tanpa lesen semasa tempoh pemutus litar April lalu.



Dia juga didapati gagal mengadang seorang tukang urut menawarkan khidmat seksual.



Lelaki itu, yang tidak dinamakan dalam kenyataan polis, mengendalikan dua rumah urut, di Hougang Street 21 dan di Aljunied.



Jika sabit kesalahan mengendalikan rumah urut tanpa lesen, lelaki itu boleh dikenakan denda hingga $10,000.



Pesalah yang mengendalikan khidmat tidak penting semasa pemutus litar boleh dikenakan denda hingga $10,000 atau penjara enam bulan atau kededua hukuman.




SG boleh main peranan bina dunia lebih kukuh, bekerjasama



SINGAPURA boleh memainkan peranan membina semula dunia dan memperkukuh kerjasama berbilang negara yang berkurangan disebabkan pandemik, kata sebuah panel pakar.



Antara anggota panel tersebut ialah ialah Profesor Joseph Liow, daripada Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam (RSIS), yang berkata hubungan berbilang hala amat penting bagi dasar luar negeri Singapura.



Menurut Profesor Liow, meskipun undang-undang dan pertubuhan antarabangsa tidak sempurna, ia masih penting, terutama bagi negara lebih kecil seperti Singapura, kerana ia bertindak sebagai alat yang menjadikan hubungan dan perundingan lebih saksama.



Profesor Liow berkata demikian semasa menyampaikan hujahnya berkaitan topik hubungan berbilang hala dan kerjasama sejagat di Persidangan Perspektif Singapura, yang dianjurkan oleh Institut Pengajian Dasar (IPS).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >