Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Sekilas

Feb 03, 2021 | 05:30 AM



NEA terima 2,900 aduan sebulan mengenai merokok dalam kawasan larangan



AGENSI Sekitaran Kebangsaan (NEA) telah menerima purata 2,900 aduan setiap bulan mengenai perbuatan merokok di kawasan larangan tahun lalu, kata Menteri Negara Kanan Kemampanan dan Sekitaran, Dr Amy Khor, semalam.



Ini berbanding 210 setiap bulan bagi perbuatan merokok di kawasan tidak dilarang.



Beliau berkata demikian di Parlimen semasa menjawab soalan Cik Yeo Wan Ling (GRC Pasir Ris-Punggol) mengenai aduan tentang merokok.



Dr Khor berkata NEA telah secara bertahap meluaskan larangan merokok ke lebih banyak tempat di mana orang awam lebih berkemungkinan terdedah kepada asap tembakau. Merokok tidak dibenarkan di lebih 32,000 lokasi di Singapura.




Lebih 1,000 tindakan diambil terhadap pembuang sampah tempat tinggi tahun lalu



AGENSI Sekitaran Kebangsaan (NEA) telah mengambil lebih 1,000 tindakan penguatkuasaan terhadap pembuang sampah dari tempat tinggi tahun lalu.



Ini setelah bilangan kamera pemantau yang dipasang meningkat lebih 50 peratus daripada 2019.



NEA juga bekerjasama dengan majlis bandaran untuk mengongsi maklumat dalam siasatan kesalahan membuang sampah sembarangan, kata Menteri Negara Kanan Kemampanan dan Sekitaran, Dr Amy Khor.




Lebih 144,000 penduduk tidak bekerja kerana ingin jaga keluarga



SERAMAI 144,100 orang atau 4.3 peratus daripada penduduk di Singapura pada 2018 berkata mereka tidak bekerja kerana perlu menjaga anak atau orang tua. Daripada angka itu, seramai 55,300 orang berkata mereka perlu menjaga anak mereka sendiri.



Ini menurut perangkaan daripada Tinjauan Tenaga Kerja Menyeluruh, kata Menteri Negara (Tenaga Kerja merangkap Pendidikan) Gan Siow Huang di Parlimen semalam.



Perangkaan bagi 2019 merosot sedikit, dengan seramai 133,500 berkata mereka tidak bekerja kerana perlu menjaga keluarga, dan seramai 52,900 berkata mereka menjaga anak sendiri.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >