Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sekilas

Mar 11, 2021 | 05:30 AM



Siswa NUS dibebas pertuduhan serang wanita di asrama



SEORANG mahasiswa Universiti Nasional Singapura (NUS) telah dibebaskan daripada pertuduhan menyerang seorang wanita di sebuah asrama di kampus pada 2019.



Encik Kim Dohyung, kini berusia 23 tahun, dibebaskan daripada pertuduhan itu oleh mahkamah kelmarin.



Ini bermakna Encik Kim tidak boleh dikenakan tuduhan bagi kesalahan yang sama lagi. Warga Korea Selatan itu dituduh memukul seorang wanita di lengan kanan dan peha kiri menyebabkan bahagian tubuh itu lebam pada 21 Mac 2019.



Kejadian itu didakwa berlaku di Prince George's Park Residences.



Semalam, Pejabat Peguam Negara (AGC) memberitahu The Straits Times Encik Kim telah memohon kompaun bagi kesalahan itu berdasarkan syarat tertentu.



AGC tidak mendedahkan syarat tersebut, tetapi seorang jurucakap berkata mangsa telah menunjukkan beliau menerima kompaun bagi kesalahan itu berdasarkan syarat yang diusul.




Pesta seni terakhir di Substation, sehingga 28 Mac



RUANG seni The Substation yang akan ditutup pada Julai ini akan mengadakan pesta seni SepFest sehingga 28 Mac ini.



Pesta itu turut memuatkan acara kemuncak tiga jam berjudul The Last Chapter, atau Bab Terakhir, yang akan memberi penghormatan kepada sejarah dan individu yang telah menjayakan institusi itu sejak tiga dekad lalu.



Penonton akan dibawa meneroka bangunan bersejarah itu, dan ditemukan dengan 10 artis dahulu dan sekarang, seperti Johnny Ng, Kok Heng Leun dan pengamal seni muda seperti Regina Toon, yang masing-masing akan mempersembahkan tarian, komedi dan karya lain.



Selain itu, dua pameran juga sedang diadakan.



Projek Orang Ali, sehingga Ahad ini dijayakan oleh Zai Kuning, Ronnie Bahari dan Samri Abdul Rahman. Menyusuli itu, Muzium Komuniti Pekerja Asing yang dijayakan oleh Alfian Sa'at, Vithya Subramaniam dan Zulkhairi Zulkiflee akan dipersembahkan dari 18-28 Mac.




Kegiatan seisi keluarga bagi cuti sekolah Mac di Lapangan Terbang Changi



LAPANGAN Terbang Changi bakal mengadakan acara bertema keluarga bagi menarik pengunjung ke sana semasa cuti sekolah Mac ini.



Ini termasuk mengadakan perlumbaan ala Amazing Race bagi seisi keluarga, kegiatan berbasikal untuk mencari dinosaur dan mendirikan kedai menjual coklat Hershey's yang mirip kedai iconic Hershey's Chocolate World di New York Time Square, kata Changi Airport Group dalam kenyataannya semalam.



Selain itu, ia juga akan mengadakan pakej keluarga khas bagi memasuki Jewel Canopy Park. Pakej bagi dua dewasa dan dua kanak-kanak kini dijual dengan harga $90, berbanding harga asal iaitu $130.



Cuti sekolah seminggu berlangsung dari 13 Mac hingga 21 Mac.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >