Subuh
5:37
Syuruk
6:54
Zuhur
12:58
Asar
4:01
Maghrib
7:01
Isyak
8:09
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Sekilas

May 25, 2021 | 05:30 AM

Probesen 9 bulan bagi wanita ludah staf KFC

SEORANG wanita yang dirakam di video meludah seorang kakitangan restoran makanan segera KFC tahun lalu telah dikenakan probesen sembilan bulan.

Lin Si Ting, 43 tahun mengaku bersalah pada Januari lalu kepada satu tuduhan mengganggu dan menggunakan kekuatan terhadap kakitangan tersebut.

Tuduhan ketiga, kerana melanggar peraturan Covid-19, diambil kira semasa mahkamah menjatuhkan hukuman.

Pada sekitar 12.40 tengah hari pada 22 April tahun lalu, Lin telah pergi ke cawangan KFC di pusat beli-belah Nex. Lin memesan makanan dan selepas menunggu enam minit, naik berang apabila kakitangan itu memberitahunya dia perlu menunggu lagi sekitar lima minit lagi.

Lin lantas mengeluarkan kata-kata kesat dan meludah kakitangan itu, yang mengena lengannya.


Lelaki 18 tahun ditangkap polis selepas aksi kejar-mengejar di ekspreswe

SEORANG lelaki berusia 18 tahun telah ditangkap polis semasa cuba mengelak pegawai Polis Trafik yang mengejarnya di Ekspreswe Tampines (TPE) berhampiran Punggol.

Dia ditangkap selepas kereta yag dipandunya berlanggar dengan pembahagi jalan raya di sana.

Insiden itu berlaku pada dini hari Sabtu lalu.

Seorang penumpang terpaksa dibebaskan dari kenderaan oleh pegawai Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) kerana pintu bahagian penumpang terlalu remuk dan tidak boleh dibuka. Beliau dikejarkan ke hospital.

Pemandu itu dilihat tidak mengalami sebarang kecederaan dan ditangkap polis.

Dia juga sedang disiasat kerana memandu tanpa lesen yang sah, menggunakan kenderaan bermotor tanpa insurans, memandu tanpa kebenaran pemilik kenderaan dan kesalahan lain yang berhubungan, kata polis.


Pelancaran BTS Meal di McDonald's tergendala sehingga 21 Jun

Hidangan makanan di McDonald's yang bakal dilancarkan dengan kerjasama kumpulan K-Pop BTS telah ditangguh selepas langkah kawalan bagi Covid-19 dipertingkat di sini, akibat jumlah kes yang melonjak.

Hidangan BTS Meal itu, yang dijadual mula dijual pada lusa ini, akan dilancarkan pada 21 Jun, kata restoran makanan segera itu dalam kenyataannya semalam.

Kumpulan K-Pop tujuh anggota itu kali terakhir mengadakan konsert di Singapura pada 2019. Tiket bagi konsert itu habis dijual kurang empat jam selepas ia dilancar.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3