Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sekilas

Sep 13, 2022 | 05:30 AM



Pemerintah komited kekalkan pekerja jagaan kesihatan



PEMERINTAH akan terus berusaha dalam pelbagai cara untuk menyokong, membangun dan mengekalkan pekerja penjagaan kesihatan Singapura, kata Setiausaha Parlimen Kanan (Kesihatan), Cik Rahayu Mahzam.



Beliau berkata demikian di Parlimen semalam ketika menjawab pertanyaan oleh Encik Louis Ng (GRC Nee Soon) tentang sama ada Kementerian Kesihatan (MOH) akan mengkaji Pelan CONNECT Kementerian Pendidikan (MOE) yang memberi bayaran sepanjang kerjaya guru sebagai insentif kepada mereka untuk kekal dalam perkhidmatan perguruan, dan melihat sama ada rancangan serupa dapat dilaksanakan untuk memperbaiki kadar pengekalan jururawat.



Cik Rahayu berkata MOH secara kerap menyemak dan melaraskan pampasan dan faedah untuk pekerja penjagaan kesihatan bagi memastikan mereka kekal berdaya saing.



"Semakan terbaru kami melihat gaji asas jururawat dalam sektor penjagaan kesihatan awam meningkat antara 5 peratus hingga 14 peratus, yang telah dilaksanakan dalam dua fasa pada Julai 2021 dan 2022. Kami boleh mengkaji cadangan Encik Ng bersama dengan pilihan lain dalam semakan akan datang," kata Cik Rahayu.



"Kami akan terus berusaha dalam pelbagai cara untuk menyokong, membangun dan mengekalkan pekerja penjagaan kesihatan kami. Kami perlu mengambil pendekatan pelbagai serampang termasuk memastikan kesejahteraan kakitangan, kerap menyemak pampasan, menarik jururawat asing untuk menambah kepada tenaga kerja tempatan kami dan bekerja dengan keluarga dan pengasuh untuk meringankan beban pekerja penjagaan kesihatan," tambahnya.




MOE tidak gajikan mereka yang telah lakukan kesalahan seksual



KEMENTERIAN Pendidikan (MOE) tidak menggajikan sesiapa yang telah melakukan kesalahan moral, termasuk kesalahan seksual dan jenayah ganas, kata Menteri Kedua (Pendidikan), Dr Mohamad Maliki Osman.



Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Encik Patrick Tay (SMC Pioneer) yang bertanya sama ada MOE akan mempertimbangkan untuk melarang mereka yang didapati bersalah melakukan kesalahan seksual dan jenayah ganas daripada menjadi pendidik, guru tuisyen atau guru pengayaan.



"Di bawah Akta Pendidikan, pusat yang menawarkan tuisyen atau program pengayaan kepada 10 atau lebih pelajar mesti berdaftar dengan MOE. Tutor yang bekerja di pusat ini juga mesti berdaftar dengan MOE. Semasa pendaftaran, pemohon mesti mengisytiharkan sama ada mereka telah disabitkan dengan sebarang kesalahan yang boleh dihukum penjara, termasuk kesalahan seksual atau jenayah ganas. MOE tidak akan mendaftarkan pemohon yang mengisytiharkan bahawa beliau telah disabitkan dengan kesalahan serius tersebut," kata Dr Maliki.



"Bagaimanapun, MOE tidak menjalankan pemeriksaan latar belakang ke atas pemohon ini kerana mereka pekerja perniagaan swasta. Guru pengayaan atau tutor bebas yang menawarkan kelas privet di luar pusat, contohnya, di rumah atau agensi yang menyediakan perkhidmatan pemadanan antara tutor privet dengan pelajar buat masa ini tidak perlu didaftarkan dengan MOE dan tidak tertakluk kepada peraturan itu," tambahnya.




Hampir separuh daripada 10,000 tempat kosong prasekolah telah ditambah



SEBANYAK 4,900 daripada 10,000 tempat kosong bagi prasekolah sepenuh masa baru yang dirancang ditambah oleh Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (ECDA) telah disediakan antara Januari dengan Julai tahun ini, kata Menteri Negara (Pembangunan Sosial dan Keluarga), Cik Sun Xueling.



ECDA berada di landasan untuk menyediakan lagi 5,100 tempat tambahan menjelang tahun depan, katanya.



Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Cik Carrie Tan (GRC Nee Soon) tentang maklumat terkini mengenai rancangan ECDA menambah tempat di prasekolah.



Cik Sun berkata, pengendali komersial juga telah memberi respons kepada isyarat pasaran dan secara kolektif membuka lagi 2,200 tempat. Beliau berkata buat masa ini, ibu bapa yang mendaftarkan minat di portal pencarian prasekolah mengalami masa menunggu antara beberapa minggu hingga beberapa bulan bagi tempat untuk penjagaan kanak-kanak dan bayi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >