Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sekilas

Nov 30, 2022 | 05:30 AM



CNB bekerjasama dengan belia bagi tingkat kesedaran mengenai bahaya ganja



BAGI memastikan bahan-bahnya disesuaikan dengan golongan belia, Biro Narkotik Pusat (CNB) bekerjasama dengan golongan belia seperti penuntut Institut Pengajian Tinggi (IHL) termasuk memperbetulkan maklumat yang salah mengenai 'ganja perubatan' dan jenis ketagihan ganja dan menggalak pelajar agar menentang dadah.



Menyatakan demikian sebagai menjawab soalan Encik Christopher de Souza (GRC Holland-Bukit Timah) kelmarin, Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, dalam jawapan bertulis berkata CNB sentiasa bekerjasama dengan rakan-rakan mereka dalam mendidik orang ramai terutamanya belia, berkaitan bahaya ganja.



"Ia sentiasa menerbitkan video penerangan, kisah berita, dan sumber lain di lamanya serta platform media sosial.



"Bahan-bahan ini juga disediakan kepada mereka dalam kedudukan yang dapat mempengaruhi belia seperti ibu bapa, kaunselor, pendidik, pemimpin masyarakat dan komander Perkhidmatan Negara (NS).



"CNB akan meningkatkan kolaborasinya dengan sektor pendidikan untuk mendampingi pelajar mengenai perihal dadah secara lebih baik," katanya lagi.




Lebih 2,600 laporan polis berkaitan keganasan keluarga dalam 6 bulan pertama



SEPANJANG enam bulan pertama tahun ini, sebanyak 2,603 laporan polis mengenai keganasan keluarga telah dibuat.



Angka tersebut rendah sedikit berbanding 2,638 laporan polis yang dibuat dalam tempoh yang sama tahun lalu.



Sebagai menjawab soalan Encik Melvin Yong Yik Chye (Radin Mas), Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam berkata secara keseluruhannya sebanyak 5,190 laporan polis mengenai keganasan keluarga dibuat tahun lalu, satu kenaikan daripada 5,134 pada 2020.



"Polis mula menjejak laporan sedemikian pada 2020 bagi membantu Pasukan Bertindak mengenai Keganasan Keluarga bagi lebih memahami situasi itu dan mengemukakan saranan bagi menangani keganasan keluarga.



"Polis bekerjasama dengan agensi perkhidmatan sosial bagi menyokong mangsa.



"Mangsa kemudian dirujuk kepada Pusat Perkhidmatan Keluarga atau Pusat Kepakaran Keganasan Keluarga terdekat sekiranya mereka perlukan bantuan, dan ke salah satu daripada empat tempat perlindungan krisis yang mendapat pendanaan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) sekiranya mereka perlukan tempat perlindungan.



"Polis akan menilai risiko para mangsa yang berhadapan terus dengan keganasan keluarga, dan merujuk mereka yang dinilai berisiko lebih tinggi kepada agensi perkhidmatan sosial," katanya.




Kerja naik taraf LRT Bukit Panjang selesai 2026



KERJA naik taraf LRT Bukit Panjang dijangka selesai pada 2026, kata Menteri Pengangkutan, Encik S. Iswaran.



Dalam jawapan bertulisnya kepada Encik Liang Eng Hwa (Bukit Panjang), Encik Iswaran berkata projek tersebut berhadapan dengan beberapa cabaran sejak 2020 akibat impak Covid-19.



Ini termasuk kekurangan tenaga manusia, kemajuan yang diperlahankan akibat sekatan bandar (memandangkan kerja mengilang kereta api dilakukan di China), dan bekalan rantaian yang terjejas.



Kontrak pembaharuan sistem LRT Bukit Panjang telah dianugerahkan kepada Bombadier Singapore pada 2018.



Ia meliputi peningkatan kepada sistem berbilang di atas laluan "hidup" - termasuk memperbaharui sistem isyarat sepenuhnya dan sistem rel kuasa, menambah 19 kereta api baru, mempertingkat lagi 13 kereta api daripada kumpulan kereta api masa kini dan melengkapkan sistemnya dengan keupayaan pemantauan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >