Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sekilas mengenai Pilihan Raya Presiden

May 31, 2023 | 05:30 AM



PRESIDEN Halimah Yacob mengumumkan pada Isnin bahawa beliau tidak akan bertanding untuk penggal kedua.

Beliau satu-satunya calon yang layak bertanding di Pilihan Raya Presiden yang diperuntuk pada 2017, di mana hanya anggota masyarakat Melayu dibenarkan bertanding. Ini menyusuli perubahan perlembagaan untuk memastikan jawatan Presiden mencerminkan masyarakat berbilang kaum di Singapura.

Pilihan Raya Presiden kali ini, yang perlu diadakan menjelang pertengahan September pula, bakal diadakan secara terbuka, di mana calon yang mewakili semua kaum boleh memohon untuk bertanding.

BILA PILIHAN RAYA PRESIDEN HARUS DIADAKAN


Pilihan Raya Presiden Singapura yang seterusnya mesti diadakan selewat-lewatnya pada 13 September, dengan penggal enam tahun Puan Halimah berakhir pada hari itu.

Pilihan raya itu paling awal boleh diadakan tiga bulan sebelum tarikh tersebut iaitu pada 13 Jun.

Proses itu bermula apabila Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, mengeluarkan Writ Pilihan Raya – sebuah dokumen awam yang menandakan permulaan pilihan raya.

Setelah dikeluarkan, Jabatan Pilihan Raya (ELD) akan mengumumkan tarikh, masa dan tempat Hari Penamaan Calon akan diadakan.

Bakal calon yang ingin bertanding dalam pilihan raya itu mesti memohon Sijil Kelayakan daripada Jawatankuasa Pilihan Raya Presiden (PEC) dan mengemukakan pengisytiharan masyarakat kepada Jawatankuasa Masyarakat (CC).

Pengisytiharan masyarakat diperlukan untuk menghitung bila pilihan raya yang diperuntuk seterusnya akan diadakan.

SIAPA LAYAK JADI CALON DAN KAEDAH CALONKAN DIRI?

Calon, yang mesti berumur sekurang-kurangnya 45 tahun, perlu meyakinkan PEC bahawa mereka adalah “individu yang berwibawa, berkelakuan baik dan punya reputasi” di samping mesti memenuhi keperluan perkhidmatan sektor awam atau sektor swasta yang berkaitan.

Untuk memenuhi syarat sektor awam, calon presiden mesti memegang jawatan – selama sekurang-kurangnya tiga tahun – sebagai menteri, ketua hakim negara, Speaker Parlimen, peguam negara atau setiausaha tetap antara lain.

Ketua eksekutif lembaga berkanun utama atau syarikat milik pemerintah seperti Temasek juga layak.

Sementara itu, calon sektor swasta mesti telah berkhidmat selama sekurang-kurangnya tiga tahun sebagai ketua eksekutif syarikat yang mempunyai sekurang-kurangnya $500 juta dalam ekuiti pemegang saham dan telah memperoleh keuntungan selepas cukai sepanjang tiga tahun tersebut.

Pada Hari Penamaan Calon, bakal calon perlu menghantar kertas pencalonan dan sijil kepada Pegawai Pilihan Raya di pusat penamaan calon antara 11 pagi dengan 12 tengah hari.

Pegawai Pilihan Raya ialah individu yang dilantik oleh Perdana Menteri untuk mengawasi pengendalian pilihan raya yang tidak berat sebelah dan lancar.

Jika hanya seorang calon yang berjaya dicalonkan, Pegawai Pilihan Raya akan mengisytiharkan individu itu sebagai presiden yang dipilih.

Jika lebih daripada seorang calon yang berjaya mendapat pencalonan, undian mesti dijalankan.

Tempoh kempen bermula pada Hari Penamaan Calon, sejurus selepas tamat prosiding penamaan calon. Ia akan berakhir pada permulaan Hari Bertenang – iaitu sehari sebelum Hari Mengundi.

Dalam tempoh itu, calon dilarang berkempen bagi memberi masa kepada pengundi untuk merenung isu-isu yang ditimbulkan semasa pilihan raya sebelum keluar mengundi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >