Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sekitar 200 belia singsing lengan di acara pemberian habuan

Apr 25, 2022 | 05:30 AM



HAMPIR 200 relawan belia turun padang bagi membantu pengedaran habuan terbesar M Kuasa Tiga (M3) @ Geylang Serai sempena Ramadan ini semalam.



Pek habuan itu diedarkan oleh kumpulan MudaSG, sebuah cabangan belia di bawah M3, Pengambilan Pasukan Sukarelawan M3 (MOVT), belia daripada Pathfinders dan juga belia-belia dari NurIkhwan, persatuan Muslim dari Politeknik Temasek.



Sebanyak 900 unit isi rumah golongan berpendapatan rendah di Eunos Crescent dan Haig Road telah dapat manfaat daripada pemberian habuan itu.



Turut dalam acara pengedaran itu adalah Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South East, Encik Fahmi Aliman, yang gembira melihat bilangan relawan yang tampil untuk membantu.



"Antara tujuan utama acara ini adalah untuk mewujudkan kesedaran dan menarik lebih belia untuk tampil dan membantu memberikan tenaga dan sumbangan dalam kerja kebajikan sebegini.



"Ramai dalam masyarakat yang memerlukan bantuan dan saya gembira melihat ramai relawan belia yang telah hulurkan bantuan dalam acara ini," ujar Encik Fahmi.



Pek habuan yang diagihkan disediakan dengan kerjasama Mesra dan Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF).



Setiap pek terdiri daripada baucar runcit $10 dan juga keperluan penjagaan kesuhatan seperti pelitup muka, cecair pembasmi tangan dan lain-lain lagi.



Antara relawan yang turun padang adalah Encik Aniq Ariq Aqil Mohd Ariffin, 18 tahun.



"Saya gembira dapat membantu dalam usaha ini kerana ia mewujudkan peluang untuk kami sebagai belia untuk membantu penduduk yang memerlukan bantuan.



"Walaupun kami hanya belia, ini juga sebuah platform untuk kami menjadi sebagai penghubung antara penduduk dan pihak kebajikan dan bantuan," ujarnya, yang juga adalah timbalan naib pengerusi MudaSG.



Seorang benefisiari buat pertama kaliyang menerima pek habuan itu adalah Encik Mohd Bin Abdullah, 75 tahun.



Beliau, yang tinggal bersama isterinya di flat tiga bilik di Eunos Crescent, berkata:



"Saya dan isteri gembira dan tidak sangka dapat menerima habuan ini. Kami tidak pernah menerima bantuan dan amat berterima kasih atas bantuan ini."



Khas semasa pengedaran semalam terdapat dua pek habuan barangan dapur yang ditaja oleh syarikat Institusi Perubatan Sian Chay dan Hao Mart.



"Alhamdulillah ini satu acara yang telah berjaya dengan bantuan semua. Kami akan membantu sesiapa yang memerlukan, dan saya gembira semuanya berjalan lancar," kata Encik Fahmi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >