Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sekitar 252,000 pelajar manfaat tuisyen Mendaki sejak 1982: Zaqy

Jumlah peserta dianggap besar; pendekatan MTS akan diperkemas, disesuaikan bagi penuhi aspirasi baru
Aug 27, 2022 | 05:30 AM



SEKITAR 252,000 pelajar, atau sekitar satu dalam dua penduduk Melayu di sini, telah menyertai Skim Tuisyen Mendaki (MTS) dalam tempoh empat dekad sejak skim itu diperkenalkan pada 1982.



Ini merupakan satu bilangan yang besar dalam kalangan penduduk setempat, kata Timbalan Pengerusi Yayasan Mendaki, Encik Zaqy Mohamad.



Skim tuisyen itu, yang merupakan daya usaha pertama Mendaki sejak penubuhannya, juga telah menjalani banyak perubahan dalam masa 40 tahun, kata Encik Zaqy.



"Pendekatan kami telah berubah, khususnya untuk memenuhi keperluan dan aspirasi baru. Sekarang ini, kami tidak lagi hanya cuba mendapatkan kelulusan, bahkan kelulusan yang bermutu," ujar Encik Zaqy.



Beliau, yang juga Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), berkata demikian dalam satu wawancara dengan Berita Harian (BH) sempena ulang tahun ke-40 Yayasan Mendaki.



Anggota Parlimen Melayu membentuk Jawatankuasa Bertindak Bersama tentang pendidikan Melayu pada 1981 setelah Banci Penduduk 1980 menunjukkan 63 peratus Melayu tidak meraih kelayakan GCE peringkat 'O', dan 42 peratus gagal Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE).



Mendaki didaftar secara rasmi sebagai Yayasan Mendaki pada 1982.



Banci Penduduk terbaru pada 2020 menunjukkan hampir separuh atau 47.5 peratus penduduk Melayu usia 25 tahun dan ke atas berkelayakan posmenengah atau lebih tinggi.



Encik Zaqy berkata Mendaki telah membantu untuk meningkatkan prestasi pendidikan pelajar Melayu sejak empat dekad lalu.



"Alhamdulillah kami ingin berfikir bahawa penglibatan kami dalam masyarakat selama 40 tahun telah menyumbang kepada pembangunan orang Melayu," ujarnya.



Bilangan Melayu yang lulus universiti telah meningkat daripada 5.5 peratus pada 2010 kepada 10.8 peratus pada 2020 manakala mereka yang mempunyai diploma dan kelayakan profesional juga naik daripada 9.8 peratus (2010) kepada 16.9 peratus (2020).



"Ada yang mungkin bertanya mengapa angkanya tidak setinggi masyarakat lain tetapi kita juga perlu fikir di mana permulaan kita dan di mana pencapaian kita hari ini. Kita telah maju dengan cepat.



"Sudah tentunya ia tidak bermakna masyarakat lain berhenti membangun... tetapi hakikatnya kita terus membangun dan ini menunjukkan daya tahan masyarakat," ujar Encik Zaqy.



Jika dahulu di awal penubuhan Mendaki, tumpuannya adalah kelulusan Darjah Enam, hari ini, masyarakat mempunyai 'garisan merah' baru iaitu memastikan semua pelajar Melayu dapat mara ke pengajian tinggi - sekurang-kurangnya Institut Pendidikan Teknikal (ITE), politeknik, atau universiti, kata Encik Zaqy.



Melangkah ke masa hadapan, Mendaki juga telah melakar empat strategi utama ke arah Masyarakat Gemilang - iaitu memperkasa ibu bapa menjadi guru, pengasuh dan rakan pertama anak-anak mereka; mempersiapkan kanak-kanak dan belia untuk bersedia bagi masa depan dan berdaya tahan; memperkasa tenaga kerja Melayu/Islam agar berdaya usaha dan mendakap pembelajaran sepanjang hayat; serta mempertingkat keupayaan Mendaki untuk mencapai kecemerlangan.



Di Rapat Hari Kebangsaan baru-baru ini, Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, berkata Yayasan Mendaki telah membantu masyarakat Melayu/Islam memberi penekanan kepada pendidikan sebagai kunci kemajuan sosioekonomi.



Katanya lagi, Mendaki antara contoh terbaik dalam memaparkan semangat gotong-royong masyarakat.



Encik Lee akan menghadiri majlis menyambut ulang tahun Mendaki pada Oktober ini.



LAPORAN KHAS BH:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >