Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Sekitar 780 bekas pesalah digajikan antara Sep 2020-Feb 2021 dengan sokongan JGI

Aug 04, 2021 | 05:30 AM



KIRA-KIRA 780 bekas pesalah telah digajikan di antara September 2020 dan Februari tahun ini, dengan sokongan skim pemerintah yang diperkenalkan pada Ogos tahun lalu bagi mendorong firma agar mengambil lebih banyak penduduk tempatan.



Jumlah ini merangkumi 56 peratus bekas pesalah yang dibantu oleh Reben Kuning untuk mencari pekerjaan setelah dibebaskan dari penjara, kata Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng.



Beliau berkata bahawa baki 44 peratus tidak layak untuk skim Insentif Bantuan Pekerjaan (JGI) kerana majikan mereka tidak memenuhi syarat untuk meningkatkan jumlah pekerja tempatan dari Ogos 2020.



Pemerintah telah memperuntukkan $1 bilion untuk memberi sokongan gaji di bawah JGI - dengan syarikat yang menggajikan penduduk tempatan berusia 40 tahun ke atas, orang kurang upaya atau bekas pesalah menerima pembayaran sehingga 50 peratus daripada $6,000 pertama daripada pendapatan bulanan kasar mereka sehingga 18 bulan.



Dr Tan berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Encik Murali Pillai (GRC Bukit Batok) mengenai kesan JGI terhadap kebolehkerjaan bekas pesalah.



Dr Tan menjelaskan bahawa dari September tahun lalu hingga Februari tahun ini, Reben Kuning telah membantu sekitar lebih satu pertiga bekas pesalah yang dibebaskan dari penjara dengan 96 peratus mereka yang dibantu akhirnya mendapat pekerjaan.



Majikan yang telah menggajikan bekas pesalah melalui agensi yang membantu dari sudut pekerjaan mereka dan penyatuan semula dengan masyarakat - seperti Reben Kuning, Persatuan Koperatif Perindustrian dan Perkhidmatan, atau rumah peralihan yang dikendalikan oleh Perkhidmatan Penjara Singapura - secara automatik akan menerima JGI hingga $54,000 untuk pengambilan pekerja ini.



Dr Tan mengatakan bahawa perkhidmatan alam sekitar, perkhidmatan makanan, logistik, perdagangan borong dan pembinaan adalah lima sektor pengambilan pekerja utama.



Secara kolektif, sektor-sektor itu menggajikan hampir lapan dari 10 bekas pesalah yang disokong oleh JGI.



Reben Kuning juga menugaskan jurulatih kerjaya sehingga satu tahun, untuk bekerjasama dan menyokong bekas pesalah dan majikan.



Encik Murali juga bertanya bagaimana untuk memastikan yang bekas pesalah akan diperlakukan dengan adil setelah sokongan pendapatan di bawah JGI yang akan berakhir pada bulan depan.



Dr Tan menjawab:



"Sekiranya pekerja, sama ada bekas pesalah atau tidak, membuktikan nilainya kepada syarikat itu, adalah menjadi kepentingan majikan untuk mengekalkannya dalam tenaga kerja walaupun sokongan JGI telah berakhir.



"Jika tidak, majikan telah membazir perbelanjaan dan usaha terbuang selama berbulan-bulan untuk melatih pekerja baru itu, dan berisiko kehilangan pekerja yang mahir kepada pesaing."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >