Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sekitar 90% warga ambil garam berlebihan

Sep 27, 2023 | 03:17 PM



Satu kajian Tinjauan Pemakanan Kebangsaan 2023 (NNS) yang dikeluarkan pada Rabu menunjukkan kira-kira 90 peratus rakyat Singapura mengambil lebih daripada jumlah garam yang disyorkan setiap hari.

Secara harian, pengambilan garam dalam kalangan rakyat Singapura meningkat daripada 3,480 mg pada 2019 kepada 3,620 mg pada 2022. 

Jumlah pengambilan garam yang disyorkan bagi seorang individu ialah 2,000 mg setiap hari. 

Kementerian Kesihatan (MOH) dan Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) menyatakan diet yang mengandungi kandungan garam yang tinggi adalah faktor risiko penting bagi penyakit tekanan darah tinggi ataupun hipertensi. 

Trend peningkatan jangka panjang didapati dalam kalangan mereka yang menghidapi tekanan darah tinggi meningkat daripada 19.8 peratus pada 2010 kepada 35.5 peratus pada 2019-2020, dan 37.0 peratus pada 2021-2022.

Jumlah garam yang tinggi disumbang oleh tambahan garam, sos dan perisa yang ditambah dalam masakan dan penyediaan makanan, dengan sumber utama ialah hidangan mengandungi sup, masakan berkuah dan bersos serta nasi dan mi berperisa.

Satu lagi sumber utama diet yang mengandungi garam ialah tambahan garam sebagai sebahagian pembuatan roti dan mi. Ini menyumbang 80 peratus daripada pengambilan garam, menurut HPB.

Dalam laporan itu, HPB menyatakan rakyat Singapura juga telah berasa selesa dengan makanan yang semakin masin.

Menurut HPB, makanan yang semakin masin adalah makanan yang mengandungi lebih 2,000mg garam bagi setiap hidangan.

Beberapa contoh ialah mi siam (2,717mg), beriani kambing (2,315mg), fish & chips (2,590mg) dan mi soto (3,657 mg).


Secara purata, kandungan garam telah meningkat sebanyak 22 peratus bagi setiap hidangan pada 2023 berbanding 2010. Ini disebabkan peningkatan dalam kedua-dua saiz bahagian dan kandungan garam setiap 100g makanan.

Dalam kenyataan mereka, MOH dan HPB menyatakan mereka bekerjasama dengan rakan industri untuk menurunkan paras garam. Ini termasuk Skim Pembangunan Ramuan Sihat (HIDS) dan Ikrar Industri.

Bagi HIDS, skim geran itu menyokong penyelidikan dan pembangunan (R&D), pemasaran dan promosi perdagangan untuk meningkatkan bekalan bahan sihat yang mampu dimiliki.

Contohnya, jumlah syarikat pembekal garam rendah yang mampu milik meningkat daripada sifar (sebelum 2022) kepada 3 (sekarang), dan harga pula diturunkan daripada $10 kepada $4 setiap kilogram. 

Ikrar Industri sebaliknya “menetapkan semula kepada paras garam 2010”, dengan pengilang meningkatkan kepelbagaian serta pembekalan bahan dan makanan diproses yang mengandungi paras garam yang rendah, manakala industri makanan dan minuman (F&B) mengurangkan garam dalam hidangan seperti menukar kepada ramuan yang paras garamnya rendah.

HPB dan MOH menambah bahawa rakyat Singapura digalakkan untuk menggunakan simbol Pilihan Lebih Sihat dengan membeli bahan dan produk makanan yang mengandungi sekurang-kurangnya 25 peratus pengurangan garam.

HPB akan terus mengusahakan penggantian garam, dengan tumpuan untuk menggantikan garam biasa dengan alternatif garam rendah, sebagai sebahagian daripada strategi pengurangan garam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >