Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PENGORBANAN UNTUK HARI RAYA KORBAN

Sekitar Aidiladha di S'pura

Aug 22, 2018 | 05:30 AM



HARI Raya Haji disambut hari ini dengan penuh kesyahduan, mengenang kembali erti pengorbanan Nabi Ibrahim as yang diperintahkan Allah swt melakukan korban dengan menyembelih anaknya, Nabi Ismail as.



Seperti kata Mufti Dr Mohamed Fatris Bakaram dalam posnya di Facebook: "Aidiladha adalah hari kita menghidupkan syiar korban. Marilah bersama kita menghayatinya.



Korban mengajar kita melepaskan sesuatu yang ada di dalam genggaman kita demi mencapai sesuatu yang lebih berharga di sisi Allah kerana keredaan Allah itu lebih besar dan lebih utama daripada kecenderungan mahupun kemahuan kita.''



Tahun ini, seramai 900 jemaah Singapura berpeluang menunaikan ibadah haji di bawah kuota rasmi baru. Ini merupakan tambahan 100 tempat haji berbanding kuota rasmi 800 yang diberi tahun lalu.



Isnin malam (sekitar 2 pagi semalam waktu Singapura), para jemaah haji mula bergerak ke Muzdalifah untuk mengutip batu sebelum ke Mina untuk melontar jamrah semalam.




1

Ketua rombongan haji Singapura tahun ini ialah Presiden Muis, Haji Mohammad Alami Musa. Beliau akan berada di Arab Saudi hingga hujung bulan ini.



3,700

Kambing dikorbankan di Singapura tahun ini



900

Jemaah menunaikan haji tahun ini




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >