Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sekitaran kerja selamat perlu jadi keutamaan: Iswaran

Sep 13, 2022 | 05:30 AM



SEKITARAN kerja yang selamat, sihat dan mampan merupakan suatu keutamaan tinggi dan patut difikirkan oleh semua pihak, kata Menteri Pengangkutan, Encik S. Iswaran.



Berucap di Konvensyen Anugerah Keselamatan, Kesihatan dan Sekitaran Tahunan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) yang ke-24 semalam, Encik Iswaran berkata ini amat bergantung kepada komitmen dan usaha semua pemegang taruhan, daripada pihak atasan - lembaga syarikat, pihak pengurusan tertinggi, pengurusan pertengahan, sehingga kepada pekerja biasa.



Beliau memetik tempat kerja yang sihat dan selamat yang diamalkan LTA serta para kontraktornya, yang memastikan Kadar Kecederaan Tempat Kerja tahun lalu yang lebih rendah - 117 bagi setiap 100,000 pekerja berbanding industri binaan yang mencatat 673 bagi setiap 100,000 pekerja.



"Meskipun kita akur akan hal ini, adalah penting untuk tidak hilang tumpuan kepada visi Sifar Kemalangan.



"Sedang ekonomi kita dibuka semula dan kegiatan semakin rancak berjalan, di sebalik permintaan yang tinggi sejak beberapa tahun lalu, terdapat pertumbuhan kecederaan di tempat kerja yang mengorbankan jiwa di serata pulau ini.



"Seperti yang dikatakan Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong, awal tahun ini bahawa angka-angka tersebut agak terlalu banyak," katanya.



Justeru sebab itulah awal bulan ini Kementerian Tenaga Manusia (MOM) memperkenalkan langkah keselamatan yang dipertingkat termasuk memerlukan syarikat dalam sektor berisiko lebih tinggi seperti binaan agar menjalankan tempoh tenang keselamatan mandatori, tambahnya.



Setiap tempoh tenang keselamatan melibatkan syarikat berhenti bekerja supaya pengurusan kanan boleh melibatkan pekerja dan kesatuan sekerja dalam proses keselamatan dan kesihatan di tempat kerja (WSH), dan bertindak atas sebarang isu yang mungkin timbul.



Pada masa yang sama Encik Iswaran memuji langkah LTA memerlukan semua pekerja di semua tapak kerja melakukan pemeriksaan kawalan nyamuk 15 minit sebelum bermula syif kerja mereka dalam usaha mencegah denggi.



Selain itu, beliau turut menekankan akan kepentingan "memandang ke hadapan" dengan mendakap inovasi.



Antaranya beliau memuji penggunaan bahan digital bagi latihan dan pemantauan yang diterap LTA, selain penggunaan kawalan kejuruteraan dan amalan baru bagi menghasilkan sekitaran kerja yang lebih selamat.



"Di sebalik amalan dan huraian inovatif yang dilaksanakan, mungkin aspek paling penting ialah budaya keselamatan di tempat kerja dan itu adalah sesuatu yang perlu melibatkan seluruh pertubuhan - dari pihak lembaga, ketua pegawai eksekutif sehingga ke peringkat penyelia dan pekerja," katanya lagi.



Tahun ini sebanyak 60 pertubuhan diiktiraf LTA bagi bagi tempat kerja yang selamat, sihat dan sekitaran amalan pengurusan yang cemerlang.



Acara dengan tema Inovasi dan Kemampanan bagi Kecemerlangan Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran itu berlangsung di Singapore Expo.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >