Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Sekitaran pembelajaran inklusif matlamat tempatkan campuran murid dalam kelas: Maliki

Mar 10, 2022 | 05:30 AM



APABILA menempatkan murid ke dalam kelas, sekolah mempunyai matlamat mewujudkan sekitaran pembelajaran inklusif dan penyayang bagi memupuk dan membangunkan pelajar secara menyeluruh, kata Menteri Kedua Pendidikan, Dr Mohamad Maliki Osman.



Menjawab soalan di Parlimen semalam, beliau berkata kelas darjah lima dan enam boleh mempunyai murid daripada beberapa gabungan subjek, termasuk gabungan murid yang mengambil subjek di peringkat asas dan biasa.



Melebihi daripada bilik darjah, campuran secara sosial boleh dilakukan melalui pelbagai platform lain.



Mengatakan gabungan sosial ekstrem dalam sesebuah kelas boleh menimbulkan cabaran kepada guru, Dr Maliki menekankan perlunya keseimbangan.



Beliau menjawab soalan Anggota Parlimen (AP) Encik Louis Ng (GRC Nee Soon) yang bertanya apakah murid sekolah rendah yang mengambil subjek di peringkat asas boleh ditempatkan dalam kelas yang sama dengan murid lain untuk memastikan gabungan sosial.



Beliau turut bertanya tentang proses di sebalik mengasingkan murid ke kelas masing-masing.



Dr Maliki tidak menjelaskan lebih lanjut apa yang dianggap sebagai gabungan sosial ekstrem, tetapi berkata beberapa pertimbangan diambil kira apabila menempatkan murid di dalam kelas dan ini termasuk memastikan ada subjek sama yang mencukupi dalam kalangan murid, keupayaan guru menguruskan pelbagai kemampuan dan sumber terhad.



"Justeru, sekolah mempunyai kelonggaran untuk menguruskan dan menjalankan operasi dalam melakukan perkumpulan," ujar beliau.



Dr Maliki menambah bahawa sekolah rendah mahu mewujudkan kelas yang mempunyai "gabungan baik" dari segi jantina, kaum dan keupayaan pembelajaran serta kemahiran insaniah (soft skills).



Murid sekolah rendah mengambil subjek sama ada di peringkat biasa atau asas di darjah lima dan enam hingga Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE), dengan subjek peringkat asas mempunyai tuntutan akademik lebih rendah.



Selain itu, semasa menjawab soalan lain, Dr Maliki berkata warga Singapura membentuk sekitar separuh daripada fakulti di universiti tempatan sepanjang 10 tahun lalu.



Sepanjang lima tahun lalu, separuh daripada fakulti di jabatan kemanusiaan dan yang berkaitan sains kemasyarakatan adalah warga Singapura, kata beliau, semasa respons kepada soalan AP Pembangkang Encik Leon Perera (GRC Aljunied) berhubung nisbah antara warga Singapura dan asing di universiti tempatan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >