Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sekolah dibuka dengan langkah selamat Covid-19 bagi yang pulang ke kelas

Jun 29, 2021 | 05:30 AM



SEKOLAH dibuka semula bagi penggal baru semalam, dengan langkah pengurusan selamat seperti pemakaian pelitup dan tempat duduk khusus bagi mereka yang kembali ke bilik darjah.



Pelajar yang menghadiri kelas fizikal - ialah murid darjah empat hingga enam, menengah tiga hingga lima, maktab rendah dan Institut Millennia - juga mempunyai masa rehat yang diaturkan dan menjalani pemeriksaan suhu badan.



Dalam satu catatan Facebook, Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing, berkata: "Keselamatan pelajar, pendidik dan kakitangan kekal menjadi keutamaan kami."



Laporan sebelum ini berkata kepulangan ke bilik darjah tidak serentak bertujuan membantu memastikan pelajar dan kakitangan selamat.



Pelajar sekolah menengah satu dan dua akan menghadiri pembelajaran dari rumah hingga esok dan kembali ke kelas fizikal mulai lusa, manakala pelajar darjah satu hingga tiga akan menjalani pembelajaran dari rumah hingga 6 Julai.



Menjawab pertanyaan The Straits Times, Kementerian Pendidikan (MOE) berkata lebih 80 peratus kakitangan bekerja di sekolah, termasuk guru dan vendor kantin, telah menerima dua dos vaksin.



Ia menambah bahawa lebih 311,000 pelajar layak, sekitar 90 peratus daripada yang diundang, sudah mendaftar untuk vaksinasi mereka.



Sekitar 92 peratus daripada pelajar telah menerima dos pertama hingga Ahad lalu.



MOE berkata ia membenarkan pelajar lebih tua kembali ke sekolah dahulu kerana mereka lebih dapat mematuhi langkah pengurusan selamat, sesuatu yang amat penting kerana varian baru Covid-19 lebih memudaratkan.



Antara langkah yang terus dilaksana di sekolah ialah penyahjangkitan di premis setiap hari, membersihkan permukaan yang banyak disentuh dan membersihkan meja selepas digunakan.



MOE menambah bahawa pelajar lebih tua akan menjadi contoh baik kepada pelajar lebih muda.



"MOE sedang memantau keadaan dengan rapat dan akan mengambil langkah yang perlu untuk melindungi kesejahteraan semua pelajar dan kakitangannya."



Sama seperti kadar kedatangan pada hari pertama Penggal Ketiga tahun lalu dan sebelum Covid-19, kadar kedatangan murid darjah empat hingga enam dan sekolah menengah tiga hingga lima semalam sekitar 97 peratus.



Dalam catatannya, Encik Chan mengucapkan terima kasih kepada pelajar, kakitangan dan ibu bapa bagi sokongan mereka.



"Berbanyak terima kasih kepada para guru dan kakitangan sekolah di atas semua usaha anda dalam memastikan sekolah dapat dibuka semula dengan lancar hari ini, bagi pelajar yang datang ke sekolah secara fizikal dan mereka yang menjalani pembelajaran dari rumah.



"Kepada ibu bapa, kami berterima kasih di atas kerjasama anda yang kukuh dan pemahaman dalam membantu kami memastikan agar sekolah kita terus menjadi tempat selamat untuk anak-anak kita."




"Keselamatan pelajar, pendidik dan kakitangan kekal menjadi keutamaan kami."
- Menteri Pendidikan Chan Chun Sing.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >