Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Sekolah pengkomputeran SMU tukar nama

Jan 16, 2021 | 05:30 AM



SEKOLAH Sistem Maklumat (SIS) di Universiti Pengurusan Singapura (SMU) kini telah ditukar kepada Sekolah Pengkomputeran dan Sistem Maklumat (SCIS).



Penukaran nama itu yang mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2021, adalah bagi menggambarkan perkembangan aspirasi dan peranan sekolah itu meliputi lebih daripada Sistem Maklumat dan bagi merangkumi Sains Komputer, Kejuruteraan Komputer dan Kejuruteraan Sofwe.



Menjelaskan rasional di sebalik penukaran itu, Profesor Pang Hwee Hwa, Dekan SCIS, berkata:



"Sejak beberapa tahun lalu, kami telah membuat penambahan kepada program pendidikan sarjana muda dan possiswazah untuk melangkaui Sistem Maklumat, terutama sekali di dalam bidang sains pengkomputeran dan pembangunan teknologi."



"Maka dengan itu, nama baru ini mencerminkan kekuatan dan juga arah pertumbuhan kami.



"Ia akan meletakkan sekolah kami dalam kedudukan yang boleh menarik para pelajar, dan juga dana fakulti dan penyelidikan."



Penukaran nama sekolah itu juga sejajar dengan tiga Keutamaan Strategik untuk Visi 2025 SMU, iaitu Transformasi Digital, Kehidupan Lestari dan Pembangunan di Asia.



Keutamaan Strategik ini bertujuan untuk memberi fokus kepada usaha universiti itu dalam bidang khas dari segi ekonomi dan sosial mengikut kesesuaian di Singapura dan negara-negara serantau.



Transformasi Digital termasuk memimpin dalam penerajuan idea-idea canggih untuk merubah sektor swasta dan juga sektor awam secara digital.



Ia juga khusus untuk membangunkan pandangan kukuh dalam kesan pendigitalan ke atas pengguna.



Ia akan dimuatkan ke dalam keutamaan strategik sekolah itu. Ini termasuk memberi fokus pada sistem kolaboratif yang bijak, penyelidikan canggih yang memberi penekanan kepada biasiswa akademik dan biasiswa latihan, serta pendidikan secara transformatif di dalam teknologi perkomputeran dan pembangunan huraian.



SCIS, bersama sekolah-sekolah lain SMU, akan terus menyediakan laluan kepada para pelajarnya mendalami bidang perkomputeran dari segi disiplin perniagaan dan sains kemasyarakatan.



Terdapat juga rancangan untuk para pelajar dari sekolah lain di SMU untuk memperoleh kemahiran komputer yang penting dalam bidang pekerjaan mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >