Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sekolah Rendah Bukit View pindah demi penuhi permintaan

Feb 24, 2023 | 05:30 AM



KEPUTUSAN bagi menempatkan semula Sekolah Rendah Bukit View (BVPS) dua kilometer (km) ke sebelah barat dilakukan bagi memenuhi permintaan untuk slot darjah 1 yang meningkat di bandar Bukit Batok West dan Tengah.



Manakala permintaan bagi lokasi semasa di kejiranan Bukit Batok East menurun disebabkan trend penuaan.



Menurut laporan The Straits Times, kampus BVPS di Bukit Batok West, yang dijangka dibuka pada 2027, adalah lebih besar dan mempunyai lebih banyak kemudahan untuk menyokong pelajar.



Menteri Negara (Pendidikan merangkap Tenaga Manusia), Cik Gan Siow Huang, berkata di Parlimen pada Rabu ini akan membenarkan pengambilan pelajar darjah 1 ditingkatkan daripada lapan kepada sembilan kelas.



Beliau memberi respons kepada ucapan Encik Murali Pillai (SMC Bukit Batok) yang menyatakan keputusan Kementerian Pendidikan (MOE) untuk menempatkan semula BVPS, yang diumumkan pada 9 Februari, sesuatu yang diumum secara tiba-tiba.



Encik Murali berkata pengumuman itu dibuat tanpa perundingan dengan pihak berkepentingan dan ini di sebalik tiga projek baru Bina Ikut Tempahan (BTO) yang telah disiapkan baru-baru ini di kawasan persekitaran semasa sekolah tersebut.



Beliau berkata penempatan semula ini bukan perkara terdesak yang "memerlukan tindakan segera".



Dalam jawapannya, Cik Gan berkata permintaan untuk slot darjah 1 di Bukit Batok East menyumbang kepada 45 peratus daripada jumlah permintaan di Bukit Batok pada 2020, tetapi menurun kepada 38 peratus pada 2023.



Ia diunjurkan untuk menurun kepada sekitar 20 peratus menjelang 2030.



Ini sungguhpun pembangunan perumahan seperti Skyline, SkyPeak dan Sky Vista telah siap dalam beberapa tahun kebelakangan ini.



Beliau menambah: "Kami menganggarkan bahawa BTO sedemikian tidak akan menterbalikkan jumlah keseluruhan permintaan yang menurun di Bukit Batok East disebabkan profil penuaan bagi isi rumah lain di kawasan itu."



Sebaliknya, Bukit Batok West telah menyaksikan permintaan yang semakin meningkat untuk tempat sekolah hasil daripada beberapa lagi projek BTO baru, tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >