Sekolah Rendah Naval Base muncul juara rancangan permainan televisyen Cepat Tepat.
Rancangan yang berlangsung selama sebulan itu mencabar peserta mengenai pengetahuan bahasa dan budaya Melayu melalui kegiatan seperti kuiz peribahasa.
Pemenang rancangan permainan itu membawa pulang trofi dan hadiah individu bernilai $7,500, termasuk komputer riba peribadi, serta baucar dan hamper buku.
Menteri di Pejabat Perdana Menteri dan Menteri Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembelajaran dan Penggalakan Penggunaan Bahasa Melayu (MLLPC), merupakan tetamu terhormat dalam episod akhir Cepat Tepat yang disiarkan di saluran televisyen Suria pada Jumaat.
Beliau menyampaikan anugerah kepada sekolah-sekolah yang bertanding dari peringkat suku akhir.
Cepat Tepat, yang dianjurkan oleh MLLPC dengan kerjasama MediaCorp, diadakan sempena Bulan Bahasa 2023 untuk menyemarakkan dan mengekalkan minat pelajar terhadap bahasa dan budaya Melayu di luar bilik darjah.
Sekolah Rendah Beacon, Sekolah Rendah Fern Green dan Sekolah Rendah Bedok Green masing-masing menduduki tempat kedua, ketiga dan keempat.