Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pesta buku semai minat membaca, melestari bahasa Melayu

Aug 25, 2023 | 06:32 PM



Penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan remaja Singapura masih merupakan satu cabaran yang sedang ditangani, kata Setiausaha Parlimen Kanan (Kesihatan merangkap Undang-undang), Cik Rahayu Mahzam.

Berucap di Pesta Buku Melayu Singapura 2023, Cik Rahayu berkata bahasa Melayu jarang digunakan dalam kalangan anak-anak kita.

“Namun, ia merupakan legasi yang harus dikekalkan. Saya amat gemar dengan frasa ‘menyantuni remaja’ yang dikaitkan dengan pesta ini.

“Kami sentiasa mengemas kini usaha untuk memahami remaja dan perkara ini memerlukan usaha semua pihak untuk berjaya. Kita harus bermula awal dan galakkan mereka. Ini merupakan usaha satu masyarakat – usaha yang harus diteruskan, digalakkan dan dimeriahkan,” kata Cik Rahayu.

Ditanya mengenai penguasaan dan penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan anak Melayu, Cik Rahayu berkata bahasa Melayu tidak selalu digunakan. Ia hanya digunakan pada konteks atau masa tertentu.

“Apa yang saya harapkan adalah kemampuan untuk ‘code-switch’, untuk berdwibahasa. Bahasa Inggeris itu penting tetapi kita harus juga selesa dengan bahasa ibunda kita. Yang saya harapkan adalah legasi dan identiti itu tidak hilang dalam masa kita menggunakan bahasa Inggeris secara harian.

“Bahasa Melayu harus ada tempat yang istimewa dalam hidup kita,” kata beliau sambil menambah bahawa pesta seperti itu menyuntik galakan dan memberi peluang kepada bahan-bahan yang boleh digunakan dipamerkan.

Pesta tiga hari bertemakan Menimba Ilmu, Menebar Bakat itu dianjurkan oleh Majlis Pusat Singapura sempena Bulan Bahasa bagi menggalak penglibatan dalam dunia penerbitan bagi membentuk generasi pelapis di masa hadapan.

Ia disokong oleh Wisma Geylang Serai, Majlis Seni Kebangsaan (NAC), Jawatankuasa Pembelajaran dan Penggalakan Penggunaan Bahasa Melayu (MLLPC), Majlis Bahasa Melayu Singapura dan Yayasan Lee.

Pesta Buku Singapura 2023 Menyantuni Remaja itu menganjurkan pelbagai acara dan kegiatan untuk kanak-kanak dan pelajar sekolah rendah bagi memupuk minat membaca dan meningkatkan penghayatan terhadap buku Melayu.

Sebanyak 26 acara bakal diadakan, berserta lapan reruai yang menawarkan buku-buku daripada sekitar 15 penerbit buku. Antaranya ialah KidzNizmo & cef Maz – acara yang memberi kanak-kanak peluang mengenali istilah yang digunakan dalam masakan sambil membuat kek cawan. Terdapat juga kegiatan yang boleh dilakukan bersama.

Pada Ahad, pasangan anak dan ibu atau bapa boleh memilih satu buku cerita tempatan untuk diceritakan semula secara dramatik. Pertandingan baca dan cerita itu dianjurkan oleh Yaa Bunayya SG dan MamaNak.

Bengkel-bengkel penulisan dan ilustrasi juga diadakan bagi golongan remaja untuk menggalakkan mereka mengembangkan daya cipta mereka.

Pengerusi Pesta Buku Melayu Singapura 2023, Cik Isiah Majid, berkata usaha menampilkan karya terbitan Melayu Singapura di bawah satu bumbung wajar diadakan bagi menggalakkan penerimaan karya watan dalam bahasa Melayu serta meningkatkan kesedaran tentang perkembangan pengkaryaan dan industri pembukuan Melayu di Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >