Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

Sekolah tawar SBB akan digandakan

Mar 04, 2021 | 05:30 AM



BILANGAN sekolah yang menawarkan Pengumpulan Berdasarkan Subjek (SBB) Penuh akan digandakan dengan tambahan 30 lagi sekolah menengah yang dijangka akan melaksanakan SBB Penuh, tahun depan, kata Menteri Pendidikan, Encik Lawrence Wong.



Memberi perincian terkini mengenai projek perintis itu yang melibatkan 28 sekolah tahun lalu, Encik Wong dalam ucapan bahas belanjawan kementeriannya berkata, penyusunan semula kelas utama kepada kelas yang mempunyai gabungan pelajar daripada pelbagai latar belakang, telah membantu para pelajar menjalin persahabatan dengan rakan pelajar merentasi aliran.



"Lebih penting lagi, mereka (pelajar) kini mempelajari menghormati dan menghargai perbezaan dan kekuatan satu sama lain.



"Dengan kepelbagaian perspektif yang lebih luas, perbincangan di dalam kelas kini lebih seronok dan bermakna," katanya.



Beliau turut mengongsi ada pelajar yang memilih mengikuti sesuatu subjek pada peringkat lebih tinggi, pada awalnya, secara alami, agak khuatir.



Namun dengan sokongan dan galakan daripada guru dan rakan sedarjah, mereka telah menunjukkan kemajuan dalam pembelajaran.



Encik Wong turut mengalu-alukan usaha pihak sekolah dalam mendakap perubahan ini.



Menurutnya, pihak sekolah dan para guru perlu membuat perubahan ketara dalam penyusunan dan jadual kelas di samping guru yang juga perlu menyesuaikan diri dengan cara mereka mengajar di dalam kelas dengan pelbagai profil pelajar.



Dalam kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Pendidikan (MOE), di bawah program perintis itu, pelajar juga berpeluang mengambil subjek Kesusasteraan pada peringkat yang lebih tinggi bermula daripada Menengah 2.



Para pelajar ini, menurut MOE, menikmati kelas itu dan mampu maju dalam pembelajaran mereka.



Pihak kementerian juga akan terus mencedok pengalaman daripada sekolah perintis ini bagi menyokong sekolah baru yang menyertai program ini.



MOE juga menambah bahawa baki sekolah menengah akan melaksanakan SBB Penuh sepanjang 2023 dan 2024.



Lebih banyak perincian mengenai senarai sekolah akan dikeluarkan tidak lama lagi.



Mengulas, Encik Wong berkata:



"Kami akan kemudian dapat menyaksikan penghujung penyaluran pelajar dan pendekatan baru di sekolah menengah kita yang memberi pelajar lebih banyak ruang dalam pendidikan mereka, dan lebih banyak peluang untuk membangunkan kekuatan dan minat mereka yang pelbagai."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >