Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Selalu bantuan makanan dihantar ke rumah, kini boleh beli sendiri...

Sep 23, 2021 | 05:30 AM



SEKITAR 40,000 orang dari keluarga berpendapatan rendah yang menerima bantuan makanan kini boleh membeli sendiri makanan tersebut pada bila-bila masa.



Semalam, Food Bank Singapura, sebuah badan kebajikan, mengumumkan program baru yang membolehkan benefisiari mereka membeli makanan dari kedai makanan dan minuman (F&B) pilihan mereka sendiri.



Sebelum ini, bantuan makanan dihantar langsung ke rumah benefisiari dan berharga sekitar $50 sebulan.



Namun, di bawah program Tap-A-Meal yang baru itu, setiap benefisiari akan diberikan kad yang dimasukkan nilai yang sama untuk digunakan semasa membeli makanan di beberapa kedai F&B yang menyertai program ini.



Menjawab pertanyaan media, pengasas bersama Food Bank Singapura, Cik Nichol Ng, berkata benefisiari mereka telah memberikan maklum balas mereka lebih suka diberi pilihan untuk membeli makanan dan minuman sendiri.



Menurut Food Bank Singapura, jumlah makanan yang diagihkan telah bertambah daripada 1,000 pada 2019 kepada sejuta semasa pandemik pada tahun lalu.



LAPORAN LANJUT: PROGRAM 'TAP-A-MEAL BOLEHKAN PENERIMA PILIH, BELI MAKANAN SENDIRI




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >