Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

‘Selamatkan makanan’ guna peti sejuk bijak di Bukit Timah, Bukit Gombak

Nov 11, 2023 | 03:03 PM



Satu inisiatif perintis bagi menggalak kemampanan makanan dan penyertaan aktif dalam memerangi pembaziran makanan dalam masyarakat telah diperkenalkan oleh aktivis sayap wanita Parti Tindakan Rakyat (PAP) di Cawangan Bukit Timah dan Bukit Gombak pada Sabtu. 

Inisiatif itu termasuk pelancaran dua peti sejuk pintar – satu di estet Toh Yi Drive dalam kawasan undi Bukit Timah, dan satu lagi di estet Guilin dalam kawasan undi Bukit Gombak, kata PAP dalam satu kenyataan pada Sabtu. 

Menurut PAP, sedang usaha menyelamat makanan semakin popular, mereka biasanya melibatkan pengagihan secara fizikal di lokasi tetap. 

Ini menghadkan bilangan orang yang boleh mengumpul makanan dan menimbulkan masalah tenaga kerja untuk para penganjur. 

“Menggerakkan peti sejuk pintar di lokasi yang mudah diakses membolehkan para peserta penyelamat makanan untuk mengumpul makanan pada waktu yang sesuai untuk mereka.

“Manakala peti sejuk digital membolehkan inventori dikesan dan disampaikan kepada para peserta pada masa yang sesuai,” kata PAP dalam kenyataan mereka. 

Bercakap mengenai inisiatif perintis itu, Menteri Negara Kanan (Ehwal Luar merangkap Pembangunan Negara), Cik Sim Ann, yang juga Pengerusi Sayap Wanita PAP dan pengerusi cawangan PAP Bahagian Bukit Timah (GRC Holland-Bukit Timah), berkata:

“Sayap wanita PAP ingin memperkasakan para penduduk kami dalam menjadikan Singapura lebih mampan, dan ini termasuk menangani pembaziran makanan. 

“Peti sejuk pintar membantu menjadikan usaha menyelamat makanan lebih mudah bagi para  penduduk dan lebih cekap untuk para penganjur.

“Kami terdorong kerana hampir 500 penduduk kini merupakan anggota masyarakat peti sejuk pintar kami.”  

Cik Sim menambah bahawa walaupun matlamat utama projek itu adalah untuk mengurangkan sisa makanan dan menggalak kemampanan, produk makanan percuma itu juga bermakna sedikit penjimatan bagi para peserta. 

“Kami akan berkongsi pengalaman ini dengan lebih banyak cawangan sayap wanita dan menggalakkan mereka berkhidmat dalam kawasan mereka dengan cara yang sama,” tambah beliau. 

Menteri Negara (Kebudayaan, Masyarakat dan Belia merangkap Perdagangan dan Perusahaan), Cik Low Yen Ling,  yang juga Naib Pengerusi Sayap Wanita PAP dan pengerusi cawangan PAP bahagian Bukit Gombak (GRC Chua Chu Kang), menambah:

“Makanan yang hampir dengan tarikh luput mereka sering dibuang dan dibakar dan ia menambah kepada tapak pelupusan dengan ruang yang berkurangan. 

“Dengan peti sejuk komuniti, ia bertujuan untuk menyelamatkan makanan daripada pembaziran, dan pada masa yang sama, meningkatkan kesedaran di Bukit Gombak tentang pembaziran makanan dan bagaimana setiap orang, daripada peruncit kepada penduduk, boleh memainkan peranan dalam mengurangkan pembaziran.”

Disokong oleh rakan kongsi Ijooz Pte Ltd dan Ryan’s Retail, inisiatif perintis itu meneroka cara-cara untuk aktivis cawangan membawa inisiatif menyelamat makanan kepada para penduduk mereka melalui peti sejuk pintar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >