Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Selami dunia seni Van Gogh, belajar masak masakan Asia bersama!

Jul 31, 2023 | 04:15 PM



Selami dunia seni Vincent van Gogh

Saksikan karya pelukis Belanda, Vincent van Gogh, ‘hidup’ dalam unjuran digital 360 darjah pada skrin setinggi 10 meter di Resorts World Sentosa.

Lebih 300 lakaran dan lukisan yang menyelami bakat dan kepintaran pelukis itu ditampilkan dalam pameran ‘Van Gogh: The Immersive Experience’ itu.

Menurut laporan The Straits Times, lebih 80,000 tiket pameran telah dijual dari Mac hingga Jun 2023.


Antara karya terkemukanya yang dipamerkan ialah ‘The Starry Night’ dan ‘Sunflowers’ – dilukis dalam tahun-tahun terakhir kehidupan Van Gogh ketika beliau tinggal di Arles, Perancis.

Pameran itu diadakan di Resorts World Sentosa, B1 The Forum, 8 Sentosa Gateway sehingga suku ketiga 2023.

Ia dibuka dari 11 pagi hingga 8 malam pada Isnin, Rabu dan Khamis, dan dari 10 pagi hingga 9 malam pada Jumaat dan Sabtu.

Pada hari Ahad, ia dibuka dari 10 pagi hingga 7 malam. Pameran ditutup pada Selasa.

Tiket berharga $15 bagi kanak-kanak dan $24 bagi orang dewasa. Tambahan $5 dikenakan bagi pengalaman realiti maya (VR).

Maklumat lanjut boleh didapati di laman www.vangoghexpo.com/singapore.

Dapatkan set mainan baru New Lego Dreamzzz

Temui watak Lego Dreamzzz – Mateo, Izzie, Cooper dan Logan, empat rakan yang menghadapi pelbagai isu berkaitan dengan anak muda, termasuk masalah persahabatan dan cabaran menghabiskan kerja sekolah pada siang hari.


Namun pada sebelah malam, mereka memasuki alam fantasi, berjuang menentang Nightmare King.

Siri animasi 10 episod itu boleh ditonton di saluran YouTube Lego bagi kanak-kanak mengenali Mateo dan rakan-rakannya.

Sementara itu, set mainan Lego Dreamzzz kini boleh didapati di kedai mainan.

Taman tema Legoland di seluruh dunia, termasuk Malaysia, juga akan melancarkan filem Lego Dreamzzz pada Ogos 2023.


Set mainan itu boleh didapati di kedai diperakui Lego, kedai rasmi di Lazada, Shopee dan Amazon, serta kedai runcit utama dan gedung serbaneka.

Belajar masak makanan Asia

Kanak-kanak kini boleh belajar memasak masakan Asia, bertemankan buku resipi Masak-Masak: Asian Cooking For Kids.


Ditulis khusus untuk kanak-kanak berusia lapan hingga 12 tahun, penulis buku itu – Elena Yeo dan Arti Daryanani – berkata kebolehan memasak dapat membantu memupuk tabiat pemakanan yang sihat dan memperkasa kanak-kanak membesar menjadi orang dewasa yang berdikari.

Buku itu menampilkan lebih 60 resipi, seperti telur dimasak mengikut ‘cara kopitiam’ dan jemput-jemput jagung.

Mereka yang lebih berpengalaman memasak boleh mencuba masakan seperti ayam panggang lengkuas dan serai dan ‘dal chana’ (kacang kuda) dengan kelapa dan bayam.

Buku tersebut dijual pada harga $44.90 dan boleh didapati di kedai buku Epigram di Muzium Seni Singapura dan di laman https://epigrambookshop.sg/products/masak-masak-asian-cooking-for-kids.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >