Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Selami sejarah S'pura melalui permainan interaktif di Gedung Kuning

Amazing Chambers S'pura yang gantikan Restoran Mamanda sediakan 22 ruang 'Escape Room' untuk pengunjung
Nov 01, 2019 | 05:30 AM



SELEPAS 16 tahun disewakan kepada syarikat makanan dan minuman (F&B), Gedung Kuning kini menjadi tempat menawarkan pengalaman mendalami sejarah Singapura menggunakan teknologi permainan 'Escape Room'.



Amazing Chambers Singapura menyediakan pengalaman gaya hidup interaktif menerusi penggunaan teknologi 'bilik melepaskan diri' yang direka menurut pelbagai tema khas dengan tumpuan pada sejarah dan budaya purba Singapura.



Secara keseluruhan, Amazing Chambers Singapura mempunyai tujuh tema interaktif yang membolehkan pengunjung mendalami watak-watak wira Melayu pada zaman dahulu.



Malah, dalam 22 bilik yang disediakan, pengunjung boleh belajar tentang lebih 800 tahun sejarah Melayu, yang juga sebahagian sejarah Singapura.



Bukan sekadar bermain dan bersuka ria tanpa tujuan, Amazing Chambers Singapura menawarkan pengalaman menimba ilmu sambil bermain.



Misalnya, bagi mereka yang ingin menimba ilmu dengan cara lebih tradisional, mereka boleh ke Kafe Buku di bahagian belakang tingkat pertama Gedung Kuning untuk membaca beraneka buku seperti buku bahasa Inggeris, Melayu dan Perancis yang disediakan secara percuma.



Pemilik Amazing Chambers Singapura, Cik Nur Izzati Mohamed Yusof, berkata: "Dengan menggabungkan fakta sejarah dengan teknologi, pengunjung dapat mendalami sejarah, justeru membuat pengalaman belajar sejarah lebih menarik."



Cik Izzati merupakan pemilik syarikat tersebut bersama suaminya, Encik Hendra Harjuna, kedua-duanya berusia 30-an tahun.



Pasangan itu juga merupakan pengendali Trapped Escape Room Singapore yang terletak di *SCAPE. Sebelum berpindah ke Orchard Link, mereka telah membuka Escape Room di Kandahar Street.



Namun, dengan meningkatnya permintaan bagi khidmat Escape Room itu, mereka memutuskan membuka cawangan baru yang lebih besar di Orchard Link dan menutup kedai di Kandahar Street.



Kini mereka mengendalikan kedua-dua syarikat itu pada masa yang sama.



Meskipun begitu, berbeza dengan Escape Room yang dikendalikan mereka di *SCAPE, perkhidmatan belajar sambil bermain yang disediakan di bawah naungan Amazing Chambers Singapura di Gedung Kuning berlainan sedikit.



Ditanya jika Amazing Chambers Singapura merupakan satu langkah mengembangkan syarikat mereka, Encik Hendra berkata: "Pada umumnya Trapped Escape Room Singapore di *SCAPE memerlukan pengunjung melepaskan diri dari sebuah bilik, tetapi di Amazing Chambers Singapura ia perjalanan kembali ke zaman silam di mana pengunjung perlu menggunakan lebih 100 gajet dan prop yang tersedia bagi mencari tanda-tanda yang tersembunyi supaya dapat mencari jalan keluar dari satu ruang ke ruang lain."



Pengurus Besar Yayasan Warisan Melayu (MHF), Cik Julina Khusaini, berkata Amazing Chamber Singapura merupakan ruang yang menawarkan pengunjung pengalaman mendalami warisan kita.



"Kami ingin bangunan bersejarah ini menjadi tempat pembelajaran ibarat gedung ilmu. Namun cara pembelajarannya sedikit berlainan," katanya.



Mengulas sebab di sebalik keputusan MHF menawarkan kontrak kepada syarikat tersebut berbanding pelbagai syarikat lain yang turut mengemukakan tender bagi menyewa gedung bersejarah itu, antaranya restoran, pengendali hotel dan kelab eksekutif, Cik Juliana berkata pihaknya ingin mencuba konsep baru dengan melibatkan anak muda dan membuat mereka ingin tahu mengenai sejarah dan warisan.



"Ia juga diterajui pengusaha Melayu muda dan ia merupakan sesuatu yang positif yang ingin kami sokong," katanya.



Sebelum ini, Gedung Kuning telah disewakan kepada syarikat makanan dan minuman lain selama 16 tahun. Restoran Mamanda merupakan penyewa terakhir sebelum Amazing Chambers Singapura.



Mamanda telah menyewa Gedung Kuning selama tujuh tahun sebelum mereka melabuhkan tirai pada 7 April lalu.



Syarikat Amazing Chambers Singapura telah mengambil masa sekitar dua bulan untuk melakukan kerja ubahsuai sebelum berpindah ke Gedung Kuning pada awal Oktober.



Di Amazing Chambers Singapura, pengunjung diberi had masa sejam untuk mencari jalan keluar dan menyelesaikan cabaran yang diberikan.



Menurut Encik Hendra dan Cik Izzati, tema-tema yang disediakan mempunyai tahap kesukaran yang berbeza. Misalnya, pengalaman 'Badang' lebih mudah berbanding pengalaman 'Perjuangan Angkatan Laut 1603 di Changi'.



Dalam usaha menggabungkan sejarah dengan teknologi, pasangan itu yakin ia mampu menarik minat semua lingkungan masyarakat, tidak kira warga tempatan mahupun pelancong untuk lebih giat belajar tentang sejarah Singapura.



Mereka mendapat ilham menggabungkan pembelajaran sejarah dengan teknologi melalui pengembaraan mereka ketika masih dalam lingkungan usia 20-an tahun.



"Sewaktu kami mengembara ke seluruh Eropah dahulu, saya sangat tertarik dengan bandar London dan Amsterdam. Bandar-bandar ini menjadi daya tarikan ramai kerana ia mengongsi tentang sejarah zaman purbanya dengan menggunakan teknologi canggih.



"Saya dapati hal ini sangat menarik. Lagipun, saya perhatikan bahawa belum ada perkhidmatan sebegini di Asia dan Singapura. Justeru, ia memberi ilham kepada saya menggabungkan kedua-duanya," dedah Encik Hendra.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >