Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SALAM LEBARAN

SelebRAYA S'pura, M'sia

Jun 19, 2018 | 05:30 AM



APA yang digayakan dan bagaimana selebriti menyambut Hari Raya menerusi gambar yang dikongsi di media sosial pasti mendapat perhatian peminat.



Ada yang tersentuh emosi kerana menyaksikan selebriti melalui dugaan hidup.



Ada mencuri inspirasi daripada gaya mereka dan tidak kurang yang memberi kritikan pedas.



NURUL AINI DAN KELUARGA



Pelakon dan hos televisyen setempat Nurul Aini Abdul Rahim menerusi Instagram berkata bergaya bagi Hari Raya "sangat memenatkan" tetapi beliau tidak kisah kerana "bergaya dengan pakaian sedondon sekeluarga memberi kegembiraan kepada saya."



Nurul, yang menulis dalam bahasa Inggeris, menambah:



"Saya dah masuk zon 'mak cik'. Dulu mak suka gunakan fabrik dan warna yang sama buat kami pakai sekeluarga (dia lagi ekstrem, tau) dan saya serta adik-beradik selalu tanya kenapa sebab kami mahu kelihatan berbeza.



"Kini pada usia 36 tahun, saya faham bagaimana perasaan mak melihat anak gunakan pakaian warna sepadan. Korang youngsters better don't complain. Nanti korang pun sama jugak".



WAHYU RAHMAN DAN KELUARGA



Gaya unik pakaian Hari Raya pelakon, penerbit drama dan penata imej Wahyu Rahman mencerminkan daya kreatif yang ada padanya.



Beliau yang pernah diberi tanggungjawab menata imej personaliti bilik berita dan ehwal semasa Astro Awani mengenakan kebaya 'peplum' Blue Van Oranje, yang boleh dipadankan dengan seluar, kain atau skirt.



Suaminya, pelukis Adi Yadoni dan anaknya, Mika Anugerah Yadoni, mengenakan pakaian sepadan daripada Mila.Musa.



"Perkara terbaik dalam menyambut Hari Raya adalah memperbaharui ikatan kekeluargaan," ujar Wahyu di Instagram.



ZIANA TANPA SUAMI



Tahun ini, antara perkongsian gambar yang agak menyentuh hati ialah gambar keluarga penyanyi Ziana Zain yang tampak tiada kelibat suaminya, Armin Zaharin.



Walaupun kelihatan riang, umum mengetahui cerita di sebalik senyuman itu.



Laporan akhbar di Malaysia sebelum ini mendedahkan kemelut rumah tangga penyanyi bersuara lantang itu.



Ziana pun ada membuat laporan polis terhadap suaminya itu.



Bulan lalu, mahkamah Shah Alam mengekalkan syarat jaminan yang melarang suami Ziana menemui anak yang didakwa dicederakannya tiga bulan lalu.



Armin juga dilarang mendekati Ziana.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >