Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DARI MAHKAMAH

Seleweng wang lebih $4.7 juta, lelaki 77 tahun dijel 6 tahun

Aug 26, 2021 | 05:30 AM



SEORANG akauntan awam dengan lebih 40 tahun pengalaman menyalahgunakan dana dari beberapa sumber, termasuk hartanah individu yang telah meninggal dunia, demi membiayai pelaburan ke luar negara yang ternyata sebahagian daripada penipuan.



Secara keseluruhan, Jerry Lee Kian Eng telah mengambil lebih $4.7 juta dan menyalurkan sebahagian besar wang tersebut ke akaun bank Filipina.



Dalam satu kejadian, Lee, 77 tahun, telah berpakat dengan pasangannya, Alison See Lay Eng, 74 tahun.



Lee dikenakan hukuman penjara enam tahun, sementara See dikenakan penjara dua tahun semalam.



Lee telah menggunakan wang tersebut untuk membuat bayaran bagi apa yang dianggapnya sebagai "pelaburan luar negara".



Hakim Daerah Marvin Bay mendedahkan semalam bahawa Lee merupakan mangsa penipuan jangka panjang dan tidak pernah menerima wang dari "pelaburan" itu.



Kata Hakim: "Laporan psikiatri memberikan pandangan bahawa Encik Lee memang menderita dari keadaan psikologi - gangguan penyesuaian dan gangguan idea yang dinilai terlalu tinggi - dan ini menganggu penilaiannya.



"Meskipun demikian, pencegahan umum perlu memainkan peranan utama di mana Encik Lee, seorang profesional perakaunan... telah melakukan kesalahan pada skala itu."



Lee mengaku bersalah Mei lalu terhadap satu tuduhan pecah amanah sebagai seorang ejen, yang melibatkan lebih dari $1.2 juta.



Lima tuduhan lain yang melibatkan jumlah baki dipertimbangkan semasa hukuman dijatuhkan.



Dia melakukan kesalahan itu antara 2014 dan 2017.



See mengaku Mei lalu bahawa dia terlibat dalam konspirasi dengan Lee untuk menyalahguna sebahagian daripada wang tersebut, berjumlah lebih dari US$2.2 juta ($3 juta) pada 2016.



See merupakan pengarah di DFK Singapore Corporate Services, sebuah firma yang menyediakan perkhidmatan penyumberan luar untuk proses perniagaan.



Lee mula menyalurkan wang untuk apa yang dianggapnya sebagai "pelaburan luar negara" itu sejak tahun 1990-an.



Dalam prosiding mahkamah sebelum ini, Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Suhas Malhotra menyatakan bahawa selama bertahun-tahun, Lee diberitahu bahawa wang pelaburan itu telah melalui pelbagai pihak berkuasa di luar negara termasuk Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS), Jabatan Perbendaharaan AS serta bank pusat Amerika, Lembaga Rizab Persekutuan.



"(Lee) diminta pihak yang mengakui mereka pihak berkuasa luar negara itu untuk membuat bayaran, termasuk cukai keuntungan modal, yuran litigasi dan denda, untuk mendapatkan kembali jumlah wang yang dilaburkan dan keuntungannya," kata DPP.



Pasangan tersebut menggunakan wang yang diseleweng bagi kegunaan tersebut.



Jaminan Lee semalam ditetapkan pada $110,000, sementara Alison See ditawarkan jaminan $25,000.



Mereka diminta untuk menyerah diri di Mahkamah Negara pada 8 Oktober untuk mula menjalani hukuman.



Bagi kesalahan pecah amanah, pesalah boleh dipenjara hingga tujuh tahun dan didenda.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >