Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PELAKSANAAN GARIS PANDUAN GAJI UMUM (CSG) BAGI ASATIZAH

Semakan bakal tambah nilai tangga gaji, beri dorongan bagi pertingkat diri

Sep 16, 2022 | 05:30 AM



GARIS Panduan Gaji Umum (CSG) bagi asatizah yang bakal dilancarkan secara bertahap mulai tahun depan bukan sahaja dapat menambah nilai kepada struktur tangga gaji yang sedia ada, tetapi mendorong golongan asatizah untuk mempertingkat kemahiran dan pengetahuan diri.



Malah, menurut asatizah yang dihubungi Berita Harian (BH), langkah ini bukan sahaja memberi galakan kepada golongan asatizah tetapi juga dapat memberi manfaat kepada masyarakat Islam secara amnya.



Ustaz Fakhrudin Amin, Penolong Ketua Pembangunan Keluarga dan Belia di Masjid Darul Ghufran berkata tangga gaji yang lebih berstruktur ini dapat menimbulkan rasa minat dalam diri asatizah untuk terus berkhidmat kepada masyarakat, dan mengambil pengkhususan dalam bidang-bidang tertentu, lantas memastikan tugasan dapat dilaksanakan dengan bermutu.



"Asatizah sangat-sangat digalakkan mempertingkatkan kemahiran diri dalam bidang-bidang khusus yang mereka ceburi kerana ianya amat membantu dan menambah nilai bagi asatizah.



"Apabila ramai asatizah mendalami pelbagai bidang seperti kekeluargaan, kewangan, insurans, kesihatan, guaman dan lain-lain lagi, maka pastinya masyarakat yang dapat manfaat darinya. Ini disebabkan golongan asatizah sendiri mempunyai kepakaran dalam bidang-bidang yang khusus. Maka masyarakat boleh mendapat manfaat dari perkongsian, kursus, kuliah dan dari pelbagai wadah yang ada," ujar Ustaz Fakhrudin, 38 tahun, yang sudah berkhidmat dalam bidang dakwah lebih sedekad.



Pendakwah bebas, Ustazah Kalthom Muhammad Isa, 49 tahun, berkata memandangkan ekonomi telah mengharungi Covid-19, pendidik di madrasah setempat dan masjid-masjid serta institusi dakwah juga tidak terlepas menghadapi kesukaran mengharungi kenaikan kadar tinggi ekonomi.



Tangga gaji asatizah serta pendakwah jika tidak disemak dengan betul, katanya, akan memberi kesan terhadap kerja mereka serta keluarga mereka.



"Asatizah perlu bekerja di banyak tempat serta menghabiskan hujung minggu dengan mengajar bagi memenuhi keperluan harian dan ini boleh menjejas masa berkualiti mereka bersama keluarga. Di samping bekerja, mereka juga diperlukan untuk mengikuti pelbagai kursus serta latihan kemahiran termasuk Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS). Sudah tentu dengan tinggi jangkaan kita terhadap kemampuan asatizah untuk berkemahiran tinggi, maka sudah tentunya mereka juga berhak mendapat gaji yang bersesuaian dengan kepakaran mereka," ujarnya yang sudah dua dekad berkhidmat dalam bidang dakwah.



Bersependapat bahawa langkah melaksanakan CSG dapat menggalakkan golongan asatizah mempertingkat diri, Ustaz Abu Bakar Sidik Hassan, Ketua Jabatan Bahasa Arab dan Pendidikan Islam, Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah (MAI) meluahkan harapan agar asatizah diberi latihan yang menyeluruh dari pelbagai aspek pedagogi pendidikan di samping peluang mempertingkatkan kemahiran teknologi dan digital demi mempersiapkan diri mendidik generasi masa depan yang lebih mencabar.



"Saya rasa usaha ini memberi manfaat kepada masyarakat kerana mereka merasa yakin bahawa taraf pendidikan dan dakwah Islam di Singapura sama ada di madrasah sepenuh masa atau separuh masa, di masjid atau pusat pendidikan, dijamin bermutu tinggi dan dikelolakan oleh asatizah yang berprofesional dan terlatih. Ini akan meningkatkan tahap pengetahuan, kefahaman dan iltizam pengamalan Islam dalam masyarakat," jelasnya yang sudah 23 tahun berkhidmat dalam bidang pendidikan Islam.



Bagaimanapun, Ustaz Abu Bakar, 52 tahun, berpendapat bahawa selain tangga gaji berstruktur, antara usaha yang boleh menggalak golongan asatizah sepertinya untuk terus kekal menyumbang kepada sektor keagamaan adalah dasar keseimbangan kerjaya dan keluarga di mana asatizah tidak merasa tertekan dengan tanggungjawab profesional sehingga sukar mengimbangi dengan tanggungjawab terhadap diri serta keluarga.




“Saya rasa usaha ini memberi manfaat kepada masyarakat kerana mereka merasa yakin bahawa taraf pendidikan dan dakwah Islam di Singapura sama ada di madrasah sepenuh masa atau separuh masa, di masjid atau pusat pendidikan, dijamin bermutu tinggi dan dikelolakan oleh asatizah yang berprofesional dan terlatih. Ini akan meningkatkan tahap pengetahuan, kefahaman dan iltizam pengamalan Islam dalam masyarakat.”
– Ustaz Abu Bakar Sidik Hassan, Ketua Jabatan Bahasa Arab dan Pendidikan Islam, Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah (MAI).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >