Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Semakan landskap penjagaan warga emas bakal ringankan beban penjaga

Jul 05, 2023 | 06:15 PM



Semakan yang sedang dilakukan pemerintah ke atas landskap penjagaan warga emas akan membantu meringankan beban ke atas penjaga keluarga, dengan adanya sokongan untuk warga emas meniti hari tua di rumah dan penjagaan dalam masyarakat yang lebih baik.

Demikian dinyatakan Setiausaha Parlimen Kanan (Kesihatan), Cik Rahayu Mahzam, di Parlimen pada Rabu ketika menjawab soalan oleh Cik Carrie Tan (GRC Nee Soon) tentang penjaga keluarga yang dijangka kian diperlukan sedang penduduk Singapura semakin menua, serta sokongan yang ada untuk mereka.

Menukil dapatan Tinjauan Tenaga Kerja 2022 Kementerian Tenaga Manusia (MOM), Cik Rahayu berkata sekitar 90,300 penduduk yang tidak bekerja berkata mereka tidak dapat melakukan demikian kerana memikul tanggungjawab penjagaan, dengan 12,400 daripada mereka berkata mereka menjaga ibu bapa yang tua, tidak sihat atau kurang upaya.

“Sedang penduduk kita menua, lebih ramai warga emas akan memerlukan penjagaan, dan akan ada lebih ramai penjaga yang mungkin memerlukan sokongan. Untuk bersiap sedia bagi menghadapi keadaan ini, kami telah memperkukuhkan sokongan untuk penjaga, seperti melalui peningkatan baru-baru ini kepada Geran Penjagaan Rumah,” katanya, merujuk kepada geran yang dinaikkan daripada $200 sebulan kepada sehingga $400 sebulan mulai Mac 2023.

“Pemerintah juga telah meningkatkan kapasiti untuk perkhidmatan penjagaan warga emas, seperti perkhidmatan penjagaan harian dan rumah, sepanjang beberapa tahun untuk memenuhi keperluan warga emas,” tambah beliau.

Cik Rahayu berkata pemerintah juga akan terus meningkatkan kapasiti dan keupayaan pekerja penjagaan.

“MOH (Kementerian Kesihatan) dan Agensi Penjagaan Bersepadu (AIC) telah membantu pertubuhan penjagaan masyarakat menarik dan mengekalkan tenaga kerja melalui skim untuk menyokong pengambilan kerja tempatan, penjenamaan sektor dan peningkatan gaji.

“Penyedia juga boleh mengakses inisiatif latihan tenaga kerja di bawah AIC, seperti anugerah pengajian, dan kursus latihan yang ditawarkan oleh Institut Pembelajaran,” katanya.

Menjawab soalan tambahan oleh Cik Tan tentang sokongan pendapatan untuk mereka yang berhenti kerja bagi menjaga ahli keluarga mereka, Cik Rahayu berkata terdapat beberapa pertimbangan yang perlu diambil kira oleh pemerintah dalam menyokong perkhidmatan penjagaan.

“Kami melihat keluarga sebagai barisan pertahanan yang pertama dan kami perlu memastikan yang kami menyokong kelakuan yang betul. Terdapat juga keprihatinan tentang kemampanan fiskal bagi pendekatan yang kami ambil. Pemerintah telah pun menyediakan banyak sokongan untuk perkhidmatan penjagaan kesihatan dan sokongan kepada penjaga,” katanya.

Sementara itu, Menteri Negara (Tenaga Manusia) Cik Gan Siow Huang, di Parlimen pada Rabu berkata pemerintah akan mengkaji dan terus menyemak cara menyokong penjaga yang bekerja dengan lebih baik.

“Bentuk sokongan tempat kerja yang lebih mampan dan fleksibel ialah pengaturan kerja fleksibel (FWA), yang membolehkan penjaga menyesuaikan masa, lokasi atau beban kerja mereka mengikut keperluan bagi memenuhi keperluan penjagaan mereka.

“Rakan Kongsi Tiga Pihak akan terus menggalak dan melengkapi majikan untuk menyediakan FWA bagi menyokong pekerja mereka dalam menguruskan kedua-dua tanggungjawab kerja dan penjagaan mereka,” kata Cik Gan ketika menjawab soalan oleh Encik Leon Perera (GRC Aljunied) tentang sama ada pemerintah akan mempertimbangkan untuk memperkenalkan cuti penjagaan mandatori bagi syarikat sektor swasta.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >