Semakin ramai pemandu teksi berundur kerana saingan

LEBIH ramai pemandu teksi meninggalkan pekerjaan mereka ekoran persaingan sengit yang mereka hadapi daripada perkhidmatan sewa swasta seperti Uber dan Grab.

Data Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) mendedahkan bahawa dalam tempoh 11 bulan pertama tahun lepas, kadar purata teksi yang tidak disewa adalah 5.9 peratus - meningkat daripada 4.2 peratus pada 2015.

Lebih 1,620 teksi kini terbiar di tempat simpanan syarikat teksi, meningkat daripada 1,190. Ini berlaku meskipun jumlah bilangan teksi di Singapura telah merosot daripada 28,300 pada akhir 2015 kepada 27,500 sekarang.

Bertambahnya bilangan teksi yang tidak sewa telah mendorong pengendali kedua mengurangkan sewa. Syarikat teksi Premier, dengan lebih 1,900 teksi, telah mengurangkan sewa bersih kepada bawah $100 sehari, jurucakap syarikat itu memberitahu The Straits Times.

Dengan berbuat demikian, ia mengikuti jejak langkah Trans-Cab, pengendali kedua terbesar di sini dengan 4,500 teksi yang telah mengurangkan bayaran sewa antara 22 peratus dengan 34 peratus bagi pemandu yang tidak mempunyai pemandu gantian.

Seorang pemandu teksi Premier yang enggan namanya disiarkan berkata beliau telah menandatangani skim insentif bermula minggu lepas yang akan membolehkan beliau mendapat insentif $300 sebulan, di samping bonus $1000 jika beliau melaksanakan kontrak enam bulan.

Premier menyatakan ia menawarkan skim itu untuk "menyokong pemandu kami yang terjejas pendapatan ekoran peningkatan mendadak bekalan teksi sewa-privet". Kadar teksi yang tidak disewa sejajar dengan persaingan. Trans-Cab bulan lepas berkata bahawa 11 peratus daripada teksinya tidak disewakan.

ComfortDelGro, pengendali terbesar di Singapura dengan lebih 16,700 teksi, tidak menjawab ketika ditanya sama ada ia akan menyesuaikan kadar sewanya.

Tugas seorang pemandu teksi menjadi semakin tidak menarik sejak Uber dan Grab memasuki pasaran pada 2013, kata pengamat dan pemandu.

Tanpa had dikenakan ke atas kenderaan sewa-privet berlegar di jalan raya, bilangan khidmat serupa-teksi telah berkembang, kata Dr Park Byung Joon, seorang pakar pengangkutan di Universiti SIM. "Ini memberi kesan negatif ke atas potensi pendapatan, dan pilihan menjadi seorang pemandu teksi kurang menarik".

Terdapat kira-kira 25,000 kereta Uber dan Grab di sini. Walaupun pengendali sewa-privet juga mempunyai sebilangan kereta yang tidak disewa - hampir 1,000 menurut laporan The Sunday Times - pasaran perlu mencapai titik keseimbangannya, kata Dr Park.

Cabaran bagi syarikat-syarikat teksi adalah lebih asas, kata beliau sambil menambah bahawa pihak berkuasa perlu memikirkan semula apa "teksi" sebenarnya. Teksi, dalam bentuk tradisional, tidak boleh bersaing dengan operasi perniagaan seperti Uber di Singapura, kata beliau.

Beberapa pemandu teksi berkata mereka sedang menimbangkan bertukar firma. Pemandu syarikat Comfort, Encik K.Y. Yuen, 40 tahun, yang membayar sewa harian sebanyak $110, berkata: "Saya berharap Comfort akan mengurangkan sewa. Jika tiada apa yang berlaku selepas satu atau dua bulan, saya akan berpindah ke firma lain."

Beliau berkata pendapatannya turun 20 peratus terutama pada waktu malam dengan penumpang mahu mengelakkan bayaran tambahan selepas tengah malam. - The Stratis Times

Waktu Solat

Subuh
5:38
Syuruk
7:02
Zuhur
1:09
Asar
4:34
Maghrib
7:14
Isyak
8:29
3 HR PSI: 35
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.