Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Semangat anggota NS bantu warga emas demi jaya NDP

Aug 10, 2023 | 05:30 AM



Walaupun beliau telah berkorban masa lapangnya pada hujung minggu sejak awal Julai, Lans Koperal (LCP) Mohammed Azly Mohamed Shahril, 21 tahun, berasa bangga terpilih untuk menolong dalam Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) tahun ini.

LCP Mohammed Azly, seorang Anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa, merupakan salah seorang ‘usher’, atau penghantar yang dikerahkan di Padang, lokasi NDP 2023.

Berpakaian seragam Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) Nombor 4 dan beret hitam sambil mengukir senyuman lebar, beliau berdiri di tempat masuk NDP dan meneliti jika ada sesiapa yang memerlukan bantuan.

Ini sebahagian daripada usaha untuk menjadikan NDP 2023 lebih inklusif. Malah, laluan khas bagi warga emas dan golongan berkerusi roda juga disediakan.

“Peranan saya sebagai seorang penghantar adalah menemani warga emas atau mereka yang kurang berkebolehan dan menghantar mereka dari stesen pemeriksaan yang terletak di tempat masuk ke stesen mengambil pek NDP,” kata LCP Mohammed Azly kepada Berita Harian.







Menurut beliau, walaupun jarak antara kedua-dua stesen hanya satu kilometer sahaja, ia mungkin merupakan satu cabaran bagi golongan tersebut.

Mengimbas kembali pada satu kenangan manis ketika Pertunjukan Pendidikan Nasional (NE) pada 8 Julai, LCP Mohammed Azly berkata:

“Saya ternampak sepasang warga emas yang menghampiri saya. Si suami kelihatan menghadapi kesukaran menolak kerusi roda yang diduduki isterinya.

“Jadi saya dengan segera membantu menolak kerusi roda itu dan menemani mereka ke stesen pemeriksaan dan stesen mengambil pek NDP.”

Ini merupakan kali pertama LCP Mohammed Azly, anggota Batalion ke–42, Rejimen Berperisai Singapura (SAR), terlibat dalam NDP. Namun, beliau tidak kelihatan asing ketika menjalankan tugasnya.

“Saya berasa bangga kerana terlibat dalam NDP tahun ini, dan saya menghargai peluang yang diberikan kerana dapat menyumbang balik kepada masyarakat dan menolong mereka yang memerlukan,” ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >