Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pertahanan Mutlak kritikal bagi negara

Semangat daya tahan penggiat seni kekal berkarya di tengah pandemik

Feb 16, 2021 | 05:30 AM



Pertahanan Mutlak merupakan antara nilai teras dalam membangunkan serta mempertahankan kehidupan masyarakat Singapura dan setiap warga, memainkan peranan penting dalam memastikan negara ini kekal makmur. Apatah lagi sewaktu berdepan dengan pandemik Covid-19, ramai penduduk telah melibatkan diri dalam menangani krisis tersebut atau telah menyesuaikan diri dengan norma baru bagi mempertahankan kehidupan dan mata pencarian mereka. BERITA HARIAN mewawancara dua individu yang mencerminkan semangat antara enam tunggak Pertahanan Mutlak itu dalam bidang-bidang yang telah mereka menceburi.




MESKIPUN wabak semasa telah menjejas teruk dunia seni, Encik Syazwan Rahmad terus berusaha untuk mengekalkan pengamalan seni tarian.



Menurutnya, seni itu bukan sekadar minat buatnya - dan juga bagi penggiat seni yang lain - malah ia juga sumber pendapatan dan mata pencariannya.



Sempena sambutan Hari Pertahanan Mutlak semalam, Encik Syazwan, 29 tahun, berkongsi bahawa sifat berdaya tahan penggiat seni di Singapura adalah sesuatu yang perlu disedari orang ramai.



Ini kerana - seperti ramai yang telah berbuat demikian - penggiat seni juga telah banyak menyesuaikan diri dengan mempelbagaikan perkhidmatan mereka dan menyertai pekerjaan lain sambil melestarikan seni, kata jurulatih tarian, penari dan pereka tari bebas itu.



"Disebabkan banyak pementasan dan persembahan yang digantung atau dibatal sepanjang tempoh pandemik ini, saya terpaksa mengalihkan tumpuan saya daripada melatih untuk menari dan mengaturkan koreografi kepada mengajar murid tarian menerusi kaedah dalam talian," kata Encik Syazwan.



"Sepanjang 17 tahun saya berkecimpung dalam bidang ini, tempoh ini merupakan tempoh yang paling parah untuk saya.



"Betapa sukarnya, kami harus sentiasa berlatih di rumah agar kemahiran kami tidak menjadi 'karat', selain menyediakan kelas dan mengatur gerak tari."



Antara cabaran yang beliau alami sewaktu mengendalikan kelas-kelas tarian dalam talian itu adalah menepatkan masa dan dendangan lagu kepada pergerakan tarian yang sering diganggu disebabkan kelembapan Internet atau Internet lagging.



Beliau turut mengalami keletihan kerana perlu sentiasa mengemas kini kandungan media sosial agar pengikut kelas beliau dalam talian dapat tetap mengikuti kelas-kelas baru.



"Sewaktu tempoh pemutus rantaian jangkitan misalnya, walaupun saya tidak membuat persembahan secara fizikal, saya rasa letih sekali kerana... I have to keep being out there... dan terus menyediakan kelas serta meningkatkan kesedaran bahawa kami masih akan mengadakan kelas dalam talian walaupun kami sedang berada dalam tempoh CB," katanya.



Apabila Singapura memasuki Fasa Dua pembukaan semula ekonomi negara pada Julai lalu, beliau telah memulakan semula latihan di studio serta melibatkan diri dalam rakaman pementasan yang ditayangkan dalam talian.



Tidak seperti dahulu, keadaan masih agak sulit bagi penggiat seni dalam dunia tanpa persembahan dan penonton.



Menyentuh tentang sikap berdaya tahan penggiat seni semasa pandemik ini, Encik Syazwan berkata:



"Kami terus mendorong antara satu sama lain agar tidak berputus asa dan berhenti berkarya.



"Kami harus terus mengekalkan semangat untuk berseni kerana kami adalah sumber inspirasi dan hiburan buat penduduk negara ini dan juga di serata dunia.



"Banyak kali ia telah terlintas dalam pemikiran saya, perlukah saya menukar kerjaya? Saya kira tidak.



"Saya yakin ada caranya untuk menampung kehidupan sambil berseni dan berkarya dan itulah yang sikap yang ramai penggiat seni telah paparkan semasa pandemik ini."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >