Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Semangat inovasi penting bagi negara kecil seperti S'pura bertakat: Chun Sing

Inovasi dalam pelbagai bidang dapat kukuhkan S'pura dalam rantaian nilai global
Sep 27, 2022 | 05:30 AM



BAGI Singapura, inovasi baru tidak boleh datang secara kebetulan tetapi dari usaha berdisiplin untuk mendapatkan penyelesaian dalam konteks yang diperlukan oleh negara ini.



Ini akan meningkatkan kapasiti dan keupayaan bagi membolehkan Singapura terus berkembang maju ke arah SG100 (ulang tahun ke-100 Singapura) dan seterusnya.



Demikian yang dikatakan oleh Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing, dalam ucapannya bertajuk Membentuk Masa Depan Inovasi di Universiti Nasional Singapura (NUS) semalam sempena siri penceramah unggul NUS.



Encik Chan juga berkongsi bahawa inovasi di Singapura perlu diusahakan dalam pelbagai bidang secara serentak - merangkumi teknologi, kesalinghubungan, dasar, peraturan masyarakat dan pertubuhan yang saling memperkukuh, menyokong dan memperkasa antara satu sama lain.



"Inovasi yang dijalankan secara berasingan, sama ada teknologi, kesalinghubungan, dasar atau pertubuhan kemasyarakatan tidak akan membolehkan kita meraih manfaatnya secara holistik.



"Jika kita melakukannya dengan betul, kita akan menunjukkan kepada dunia bagaimana sebuah negara kecil, tanpa sumber asli dan sumber pedalaman konvensional, dapat mengatasi segala kekurangan untuk bertakat dan makmur," ujar beliau.



Encik Chan menyatakan bahawa inovasi teknologi dalam bidang yang berkaitan tenaga dan kemampanan, biofarma dan perubatan, kemampanan bandar serta digital dan maklumat adalah penting untuk Singapura terus mengekalkan daya saing terutama sekali bagi sebuah negara kecil.



"Bidang teknologi mesti meningkatkan daya tahan kita sebagai sebuah negara yang tanpa sumber semula jadi, memperkasa kelebihan kita dari segi kepercayaan dan kreativiti serta memberikan peluang yang lebih baik untuk mengukuhkan Singapura dalam rantaian nilai global," kata Encik Chan.



Mutu kehidupan Singapura, terutamanya bagi penduduk yang semakin menua dan keupayaan potensi manusia juga banyak bergantung kepada keupayaan untuk menguasai biofarma dan kemajuan perubatan yang baru muncul.



"Kita memerlukan strategi ofensif untuk meningkatkan potensi manusia dan mengoptimumkan prestasi sebagai individu dan sebagai satu pasukan.



"Apa yang lebih penting ialah bukan hanya jumlah orang yang kita ada, tetapi keupayaan yang dimiliki setiap individu serta keupayaan kita secara kolektif sebagai warga Singapura," tambah beliau.



Encik Chan juga berkata kesalinghubungan dalam inovasi adalah penting terutama dalam bidang kewangan, bakat, teknologi, dasar dan juga pemahaman budaya.



Beliau memberi contoh bagaimana sebagai sebuah negara kecil, Singapura harus menyasarkan untuk mempunyai lebih ramai bakat.



"Ukuran kejayaan kita ialah berapa ramai rakyat Singapura yang berbakat dan bukan rakyat Singapura yang kita ada dalam rangkaian bakat Singapura kita, untuk mewujudkan peluang-peluang yang terbaik untuk rakyat Singapura dalam generasi ini dan akan datang.



"Untuk mencapai matlamat ini, kita perlu berani merintis rangkaian bakat baru di dunia," kata beliau.



Beliau menambah bahawa untuk membolehkan inovasi kesalinghubungan sedemikian, warga kita mesti didedahkan dan selesa berhubung dan bekerjasama dengan warga dari seluruh dunia.



"Kita juga mesti membawa dunia ini kepada para pelajar kita dan universiti kita mesti menjadi titik penumpuan di mana pelajar yang paling berbakat, profesor dan penyelidik dari seluruh dunia boleh berkumpul untuk belajar, berdebat dan membangunkan generasi akan datang yang berinovasi untuk Singapura dan dunia," kata beliau



Encik Chan juga berkata inovasi dalam dasar dan pertubuhan adalah penting bagi menguruskan isu, mengatasi cabaran dan merebut peluang yang datang dengan kemajuan.



"Kita perlu terus membangunkan inovasi dasar untuk menyokong kedua-dua perniagaan dan warga kita, dasar-dasar yang progresif, stabil dan mesra inovasi yang dapat menghubungkan diri kita dengan ekonomi global dan mengukuhkan Singapura dalam rantaian nilai global.



"Kita memerlukan dasar dan strategi inovatif yang memperkasa tenaga kerja tempatan kita dan mengukuhkan kompak sosial kita," ujar beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >