Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Semarak bunga api bagi sambut Tahun Baru Cina

Feb 04, 2019 | 12:16 PM



ACARA River Hongbao tahun ini dilancarkan malam tadi (3 Februari) dengan pertunjukan bunga api selama 10 minit - yang terpanjang dalam sejarah acara tersebut.



Sebagai acara utama dalam sambutan Tahun Baru Cina di sini sejak 1987, River Hongbao kali ini juga merupakan antara acara besar pertama sempena acara memperingati 200 tahun Singapura, Bicentennial Singapura, tahun ini.



Acara tersebut dilancarkan Perdana Menteri Lee Hsien Loong di The Float@Marina Bay.



Orang ramai juga boleh menyaksikan pertunjukan khas bunga api di River Hongbao malam ini serta hujung minggu ini oleh pasukan dari Australia, China, Italy dan Amerika Syarikat.



River Hongbao turut memaparkan 22 tanglung berwarna-warni termasuk yang berbentuk 12 haiwan zodiak Cina.



Set tanglung terbesar merupakan Our Garden, Our Home yang memaparkan sejarah Singapura – dari saat Sang Nila Utama menemukan pulau ini sehingga negara ini membangun menjadi sebuah hab pengangkutan.



River Hongbao 2019 dibuka dari 2 petang hingga 11 malam setiap hari hingga 10 Februari.



Tiada bayaran dikenakan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >